Introduction
Filem ini tayang kat South Korea dalam May 2011. Oleh sebab filem ni best, maka tayangan dia lama. Sampai Ogos kot kalau tak silap. Total jualan tiket sampai 7.3 juta woh. Kalau tengok trailer macam citer zaman dolu dolu. Tapi sebenarnya lebeh kurang 50% present and 50% past.Synopsis
Kisah movie ini tentang Na-Mi datang dari kampung pergi sekolah kat Seoul. First day pum dah terus kena buli. Tapi ada satu geng ni tolong dia. Chun Hwa, ketua kumplan yang kuat dan pandai berlawan. Jang-mi, budak yang agak temban dan wish nak buat plastik sejeri dabel ailid supaya lagi cun. Jin-hee, yang pandai mencarut. Geum-ok, yang suka menulis dan berangan nak jadek penulis terkenal. Bok-Hee, dia ni teringin nak jadek Miss Korea. Dan last sekali Su-ji, nampak macam sombong tapi amat cun. Na-mi neh kemudian jadek la ahli baru geng dorang. Then grup baru yang ada Na-mi neh diberi nama Sunny. Kira kamcing habis la mereka bertujuh.25 tahun lepas tu, Nami neh dah pum berkawen. Satu hari dia jumpa la Chun-Hwa kat sepital. Chun-hwa neh saket kanser. Kira macam takdak banyak masa la kot nak hidup. Maka dia request kat Na-mi neh satu permintaan. Tolong cari ahli Sunny yang lain...
Characters
Berikut adalah kesemua ahli Sunny yang dah besau dan kecit.Masa Jeep tengok citer neh, tak sangka pulak yang Jeep akan jatuh cinta. Jatuh cinta kat watak Joon-Ho, lakonan Kim Shi-hoo. Waduh memang kacak comel habis mamat neh.
Screen caps
Sedikit screencaps untuk kalian.Jeep suka part neh |
Merapus
Best masa tengok zaman Na-mi neh kat sekolah, main sesama, gelak sesama, menari sesama, nanges sesama. Jeep masa kat sekolah dulu takdak geng. Jeep kan malas gi sekolah. Muahahahha. Maka dengan itu, Jeep banyak dah lost kontek ngan kengkawan. Sobzz
Antara sebab movie neh best jua adalah sebab tua or muda boleh relate dengan movie neh. Makcit makcit bila tengok movie neh macam terkenang memori indah. Zaman jahilliah dulu. Terkinja sana sini. Bebudak plak leh tengok macam mana suasana zaman mak dorang remaja belia. Tengok macam mana mak mak kita enjoy zaman itu.
Jeep suka jua part macam mana movie ni berubah dari present ke past. Memang unik dan kreatip. Lagu lagu lama yang menjadek background movie ni pum buat penonton akan rasa nostaljik.
Movie neh memang simple. Jalan cerita yang tak heavy. Sesuai la untuk semua orang tengok secara santai bersama keluarga. Yap, tengoklah ngan mak korang cerita neh. Wajib tengok okeh!
Conclusion
Dalam bergelak gelak dan nanges masa tengok cerita neh, Jeep pum ada rasa takut. Bukan takut hantu ke hape ke. Tapi kepada kehidupan yang mendatang. Apa yang bakal jadek kepada kehidupan Jeep. Bila tengok bebudak Sunny neh masa muda, impian melambung lambung. Nak jadek Miss korea la bagai. Tapi bila dah masa hadapan, hidup tak menentu.Itukah realitinya tentang kehidupan. Apa yang kita nak, tak selalunya kita dapat. Kita sendiri yang akan tentukan mana hala tuju kehidupan kita. Bukan orang lain. Diri kita sendiri.
Kesimpulannya, movie Sunny neh bukan saja buat kita gelak dan ketawa tengok, tapi jua membuatkan kita terfikir tentang masa depan. Sekian..
Sumber gambar: gugel imej dan allkpop
Ps: Oh dalam muvi neh ada Girl's Generation tau. Dorang watak jahat