Oh aku semakin rajin pulak.
Bengang dengan Donghae cinta hatiku pergi belakon citer cintan-cintun
Miss Panda and Hedgehog, aku melarikan diri mencari drama yang tidak langsung ber-genre-kan romance. Oh bengang.
Hasilnya,
유령 adalah penemuanku. Drama ini lebih dikenali dengan nama lain
Ghost / Phantom.
Mereka yang dahagakan skinship dalam drama, janganlah tengok drama ni. Memang mati kehausan korang nanti. Takde sezarah pun loving-loving. Ade la sikit hint orang tu suka orang ni tapi takat suka-suka macam tu aje. Takde lebih dari itu. Skinship boleh dikira dengan jari, itu pun hanya sentuhan biasa. Tiada sentuhan atau pelukan nafsu. Tiada langsung. Sekali lagi aku ulang, TIADA. Heh.
Ghost adalah drama mengenai penyiasatan jenayah cyber. Kim Woo Hyun (
So Ji Sub) ketua Cyber Investigation Squad. Yoo Kang Mi (
Lee Yeon Hee) dan Lee Tae Gyun (
G.O Mblaq) adalah ahli squad penyiasatan tersebut. Jangan memain wo jenayah cyber ni. Drama ni mengajar aku banyak perkara pasal alam cyber. Segala istilah computer dia sebut ea.
Drama bermula dengan kematian seorang model actress bernama Shin Hyo Jung. Mati jatuh dari apartment mahal dia tingkat 11. Pada mulanya ingat mati bunuh diri, rupanya mati kene bunuh. Disinilah bermula segala-galanya. Pertemuan kembali dua sahabat karib iaitu seorang Hacker, Park Ki Young yang bergelar Hades (
Daniel Choi) dan ketua squad penyiasatan jenayah cyber.
Ade satu part yang tak logic dalam drama ni tapi bila pikir logic juga.
*jangan teruskan pembacaan jika tak mahu spoiler*. Akan ada satu scene Park Ki Young dan Kim Woo Hyun berjumpa di sebuah kilang lama. Masing-masing mahukan kebenaran. Tanpa diketahui, seorang lelaki diarahkan untuk letupkan tempat tersebut. Nak kasi Park Ki Young dan Kim Woo Hyun mati. Akibat letupan tersebut, Kim Woo Hyun jadi mangsa tapi Park Ki Young terselamat. Walaupun terselamat tapi dia cedera parah. Habis muka hancur dan melecur sana sini. Disebabkan dia memegang tag nama Kim Woo Hyun, orang menyangkakan dia adalah Kim Woo Hyun. Disebabkan muka dia hancur, doktor restructure balik muka dan gigi dia mengikut record Kim Woo Hyun. Hasilnya, sethaun kemudian, Park Ki Young sehat sepenuhnya dan hidup menggunakan wajah dan identiti Kim Woo Hyun.
Logic atau tak? Logic kot memandangkan Korea is the best place for plastic surgery. kan?
|
So Ji Sub |
Sepanjang cerita ni So Ji Sub sentiasa berkerut. Muka cool tapi macam takde perasaan. Pandai betul dia kawal mimik muka. The first two episode dia kne lakonkan watak Woo Hyun. Lepas Woo Hyun mati kene bawak character Park Ki Young pulak. Dedua watak yang dibawa memang berkesan.
|
Lee Yeon Hee |
Watak Lee Yeon Hee pulak mula-mula ingatkan watak ni lemah dan tak berape nak memberi manfaat. Salunye kan perempuan cantik jadi heroin kan macam hampeh sikit. Tapi watak Yoo Kang Mi ni memang akan disukai. Dia lah yang discover penukaran identiti Park Ki Young/Kim Woo Hyun, selamatkan Ki Young dari dibunuh, berjuang bersama Ki Young mencari penjenayah sebenar.
|
Uhm Ki Joong |
Watak dalam drama ni semua pandai-pandai belaka. Paling pandai adalah si jahat yang maha jahat, Jo Hyun Min (
Uhm Ki Joon). Dia sentiasa setapak dihadapan. Hero dengan heroin belum sempat nak kentut, si jahat dah kentut dulu. Stress tengok orang jahat macam ni. Drama ni jugak banyak twist, expect the unexpected. Orang yang tak disangka-sangka jahat, rupanya sekutu Jo Hyun Min.
Seperti yang aku cakap, ini bukan drama loving-loving jadi jangan harap ade kiss scene. Nak kiss apenye kalau pegang-pegang pun takde kan...
Kim Eun Hee screenwriter untuk drama ni memang suka buat cerita begini. Tak perlu develop plot cinta. Atau mungkin kah kerjaya detective jenayah cyber ni amat hectic sampai nak bercinta pun tak sempat? Na meolla!
Out of scale of 10, I gave this 9.5. Serius weh walaupun takde cintan cintun dalam drama ni, drama ni best. Heart thumping. Dugeun-dugeun setiap episode. Fast paced, tak meleret-leret. Padat dan setiap episode penting. Sangat berbaloi untuk ditonton. Percaya atau tidak, aku ulang drama ni dua kali dah. hahahaha