Tuesday, April 19, 2011

BIGBANG : Love Song MV

Adeh, aku recycle ja dari entry blog aku, ok?
MV ni aku kira takde la storyline dia gempak mana tapi pada pendapat aku, MV ini memang sangat simple, seni dan menelan budget yang besar walaupun gila simple.

BIGBANG kali ini amat berkeras mencanang-canangkan pendirian mereka bahawa mereka sangat


benci lagu jiwengs.


Semenjak berkecimpung dalam arena kipas-susah-nak-mati BIGBANG, dalam banyak MV, aku paling tabik ameng spring sama ini MV.

Gila kentang ke-simple-annya but at the same time, aku kira sangat seni!

BB sedang ngajat! kekekekeke

Apa ja yang ada dalam MV ini cuma 4 orang jejaka kurang kacak (dan seorang abang kacak saya iteww) tiba-tiba termengajat di tepi pantai dan bila camera mula zoom out O_o'', maka terlihatlah sebuah tempat kejadian seperti accident maut telah berlaku di tepi jalan.

Aku ambik quote dari Simon&Martina's EatYourKimchi :

"We like this video a lot more, though, because it seems to go beyond the typical kpop video. Seriously now: there aren’t really any sexual conventions here. Nobody makes sexy faces to the camera, or rubs their lips for no reason, or humps the air or the ground, or rubs themselves, or does anything suggesting that they’re trying to be sexy."

LOL ada hint dorang compare sama Rain punya Love Song.
FYI, aku tak dapat tengok video dorang buat untuk review MV ni so aku assume dorang insert Rain punya MV untuk Love Song dalam video dorang berdasarkan komen dari readers site dorang.


"This video, though, has no story, no closeups. Even the camera angles cut off their faces. See what we mean? This video is really different and breaks so many conventions that it’s hard to call it a Kpop video, which is why we’re so impressed by it. Really, really good job."

Aku memang gila kentang 10976534% setuju dengan statement dorang di atas!!


Bila first time aku merenung MV ni hasil upload-an dan tag-an di facebook, satu ja benda aku perasan sama ini vid. Eh, ada 2 sebenarnya.


Satu, adalah abang kacak yang tak pernah gagal menterkejutkan diri ini akibat opening dari beliau dengan suara husky yang kasi caaeeerrr~

Ambil kata-kata dari Joe : I like baju dorang kecuali GD! Someone salah ukur baju dia ka???! LOL Joe, GD adalah fashionista yang harus tampil lagi 'baggy dan selekeh' dari members lain. Pfftt

Dua, kehampiran yang tiada edit langsung terjadi pada video.
Aku agak cuma ada satu kali ja director MV ni edit video itu. Maksud 'edit' aku di sini ialah, pengambaran yang dari pelbagai frame pelbagai angle yang dicantumkan jadi satu - ini aku tak berani nak jamin yang istilah aku betul atau tak cuz aku bukan budak yang reti pasal shooting drama/movie segala.

Dari keluarnya abang kacak di awal video sehingga masuknya encik Daesung diikuti GD seterusnya Taeyang diakhiri dengan kemunculan Seungri, mengajat sebentar dalam posisi V, shooting video randomly memanjang ja camera tu merakam ikut suka-suki cameraman nak pergi mana (LOL correction : dorang guna cable untuk gerakkan camera tu, no such thing as cameraman!) till kita lihat background yang tiba-tiba ja jadi macam accident besar-besaran.

Dengan apinya membakar di sana-sini, bas (kah itu?) tergolek ada asap-asap, letupan sana-sini, and the last yang kasi gua panas ada insan tertentu perli gua cakap, "apa kejadah suddenly ending video ada kereta jatuh dari langit?!"


Shii~la~ka.
Itula cooooLLL namanya!
lmao aku memang biased tapi MV ni memang the best so far antara banyak-banyak MV dorang yang lain.

Shooting MV ni aku rasa gila susah walaupun nampak simple cuz sepanjang video, 4 jejaka kurang kacak dan seorang jejaka kacak masuk ke dalam frame video secara random ikut giliran menyanyi masing-masing, kena act tanpa NG.
Susah dowh.
Macam kamu mahu buat video 6 minit untuk ass-ignment coursework kamu pun kamu ambil masa dua tiga hari baru siap kamu punya shooting bagai.
Edit lagi.


No wonder BIGBANG cakap dorang sempat buat satu MV ni ja untuk album special edition dorang. Sekejap ja siap.
Aku kira, "hampeh la MV kali ni kalau dorang buat kejap ja simple lak tu."

(Aku trauma sama group jepun kesayanganku NEWS choreo dance untuk MV FIGHTING MAN dorang, dance siap hafal satu hari ja terus rakam video - ended up MV, dorang dance cam taik ja. Tengok second time baru nampak members inject element gimik di belakang video.) 

Geh! Aku baru sedar GD punya ear ring sangat mudah didapati di mana-mana lampin budak!

Buat video kejap ja mana best neh outcome dia, kataku di dalam hati.
Tapi, tapi, tapi....
There's no such thing they call as S.I.M.P.L.E for YG Entertainment.

Interpretasi : Background letup-letup dalam video sambil members berjalan secara random sepanjang video, aku kira ia menunjukkan betapa remuknya dorang punya hati bila dorang break-up sama aweks dorang. The last part bila kereta jatuh dari langit ala-ala meatball bukanlah tandanya korang kena hari-hari mendongak ke langit kot-kot ada kereta bakal jatuh dari atas, tapi itu menunjukkan betapa remuknya hati paling remuk tahap gajah gemuk meremukkan bas dengan sekali amukan, apabila Step meminta putusnya tali perchentaan dari abang kacak.


Konklusi : BIGBANG tak pernah menghampehkan beta.

Sources credited as tagged.




P/S Copy paste ja entry ni. Sorry weh, aku selalu tak tau nak post apa benda dalam blog kita neh. Hahahaha So, takpe la kan aku copy paste, edit bahagian awal entry ja! ngee~

Wednesday, April 06, 2011

Gummy ft TOP - I'm sorry MV

Jeep pum rasa gatai tangan nk buat post jua kat sinik. Jeep nk reviu MV. Nak reviu dorama Jeep sangat pemalas. Maka dengan itu, Jeep mengambil keputusan untuk reviu MV saja. Pendek. Tak perlu Jeep merapu lelebeh. Dan MV yang bertuah itu adalah Gummy ft TOP - I'm sorry MV. (sila tepuk tepuk)

Introduction

Penyanyi ini lagu adalah cik Gummy. Tapi MV ni memang takdop gambo cik Gummy. Banyak gambo abe TOP je. Oh Jeep sgt suka.(dat why Jeep reviu MV ni. Penuh gambo TOP).
ada iras tak muka mereka berdua?
Turut menyelit dalam MV ni adalah cik Sandara Park. Salah seorang budak 2NE1.(Oh Jeep benci kau)
Hai saya sandara 2NE1

Tuesday, April 05, 2011

KEEP YOUR HEAD DOWN - TVXQ (MV REVIEW)

Anneyonghasaeyo..... choneun Kawan Sengal-imida.... hahaha.... sy adalah author yg baru saja dilantik beberapa minggu yang lalu untuk ini blog... ini adalah MV review untuk Keep Your Head Down nyanyian TVXQ... sebelum tu sy nak mintak sori sebab gambo x bape nak cantik, almaklumlah laptopku idok le HD ye... keh3...

Mari saya ceritakan sedikit sinopsis lagu ini... lagu ini mengisahkan jejaka hensem ini ditinggalkan oleh seorang perempuan tanpa memberitahu apa alasannya. Itulah sebabnya kenapa lagu ini ade sebut "Wae? Wae? Wae?". Tapi, takde sape yang tolong jawab... takpe, meh sini Kawan Sengal tolong jawabkan. Mestilah sebab itu perempuan so stupid la tinggalkan lelaki hensem begini... wahh!!!

Oklah, mari kita review sedikit MV ini.


Ini adalah Yunho..



Ini pula Changmin...