Showing posts with label Korean Drama. Show all posts
Showing posts with label Korean Drama. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Reply 1997

Tahun ni ape pasal banyak sangat drama best??
Wae??

Dah tengok Reply 1997?
Drama ni is one of the best. Seroiusly tak tipu.
Lelebih lagi untuk para-para fangirl, you should watch this drama. Sedar sikit macamana annoyingnya fan-girl yang extreme. Hahaha


At first, I'm not interested in this drama. Tapi bila tau synopsis drama ini berkisar remaja perempuan yang amat menggilai HOT pada era tahun 1997, I give it a try. Aku kan juga seorang fangirl, mestilah mahu menyelami kisah hidup seorang fangirl. Hahaha.

Jung Eunji
Sung Shi Won (Jung Eunji) merupakan peminat tegar kumpulan HOT. Dia paling minat Tony Ahn. Tahap minat dia memang fanatik jauh mengalahkan aku. Sampaikan aku sendiri tengok pun rasa nak sepuk-sepuk watak Sung Shi Won ni. Dan pada masa yang sama gelak-gelak tengok perangai fan yang amat dahsyat.

Seo In Guk
Yoon Yoon Jae (Seo In Guk) kenal Shi Won dari kecik. Kira childhood friend lah diorang berdua ni. Dia dan abangnye jadi anak yatim lepas parents diorang meninggal. Sejak tu, parents Shi Won lah yang jaga diorang berdua. Jaga macam jaga anak sendiri. Yoon Jae ni seorang yang cool. Berkawan baik dengan Shi Won tapi selalu gaduh dengan Shi Won dan juga sentiasa tunaikan hasrat Shi Won. Lama-lama dia sedar yang dia jatuh cinta dengan kawan baik sendiri.

Hoya (Infinite)
Kang Jun Hee (Hoya) juga berkwan baik dengan Shi Won. Mungkin juga dalam ramai-ramai kawan Shi Won lagi rapat dengan Jun Hee. Dan Jun Hee ade satu rahsia besar yang Shi Won sahaja tau iaitu si Hoya yang hensem ni suka kat Yoon Jae. Omaigod.. Tepuk dada aku dengan watak Jun Hee ni. Tapi Jun Hee ni baik, beradab dan hensem. Mak Shi Won berangan untuk jadikan Jun Hee ni menantu dia.

Shin So Yool
Mo Yoo Jeong (Shin So Yool) ade crush kat Yoon Jae. Siap suruh Shi Won tolong jadi cupid. Tapi cinta dia beralih pada seorang pelajar baru dari Seoul pulak. Orang Busan ni diorang pandang tinggi pada orang-orang dari Seoul. Bersungguh dia cuba ngorat budak Seoul tu. Yoo Jeong juga seorang fan girl tapi rasanya tak se-extreme Shi Won. Asalnye dia juga peminat HOT tapi beralih arah jugak ke Sechs Kies.

Eun Ji Won
Do Hak Chan (Eun Ji Won) pelajar baru dari Seoul. Dia tak boleh tengok perempuan langsung. Dia akan rasa awkward walaupun dia ni pakar mengenai video-video dan majalah-majalah porn. Hahaha. Sangatlah tak senonoh. Ketika Yoo Jeong cuba nak rapat dengan dia, dia jadi malu-malu sebab mula bayang bende bukan-bukan hasil dari kerajinan beliau menonton video-video porn tersebut. Ergghhhh.

Lee Shi Un
Bang Sung Jae (Lee Shi Un) kawan yang sengal sama aje macam Hak Chan. Enjoy tengok bende-bende dewasa ni. Suka buat tindakan-tindakan yang agak la bodoh ea. Satu lagi watak yang rasa nak bagi flying kick.

Song Jong Ho
Yoon Tae Woong (Song Jong Ho) adalah abang pada Yoon Yoon Jae. Bekerja sebagai cikgu kat sekolah budak-budak ni. Tujuan dia jadi cikgu sebab nak jaga adik dia si Yoon Jae tu. Dia ni juga dulu boyfriend kepada mendiang kakak Shi Won. Dia seorang abang yang sangat baik dan sanggup buat apa saja untuk Yoon Jae. Dalam banyak-banyak watak lelaki yang ada dalam drama ni, watak Tae Woong je lah yang releven sikit untuk diterima masyarakat setempat. Yang lain semua, haram giler. Hahaha.

Watching this drama, i shed tears and laugh out aloud. Sangat berbaloi untuk ditonton. The whole story is about first love experience. Ada yang berjaya end up dengan first love, ade juga yang jumpa cinta lain.

Teknik penceritaan juga menarik. Drama bermula dengan berkumpulnya sekumpulan pelajar untuk reunion. Masa nilah start flashback tahun 1997 sampailah present time. Segala yang berlaku dalam hidup sekumpulan remaja itu disingkap satu persatu.  Rahsia juga turut dibongkar.

Interaksi antara Shi Won dan eomma appa dia rasa macam ridiculous. Mungkin untuk setengah parents pasti dah tenyeh-tenyeh dah kepala anak perempuan dia kalau perangai macam tu. Perhubungan dia bersama kawan-kawan juga agak unik, Shi Won ni berperwatakan ganas tetapi dia langsung tidak ade ciri-ciri tomboy. Mempunyai kawan-kawan lelaki yang tahan dengan perangai dia, dan juga kawan-kawan perempuan yang sama sengal perangai fangirl itu. Sape yang ade teenage life begini pasti berharap masa tidak akan berlalu.

Sepanjang drama ni, i can feel the chemistry between Yoon Jae and Shi Won. Scene mereka berdua comel-comel belaka walaupun penuh dengan gaduh bertengkar aje. Character Shi Won yang amat menggilai HOT membuatkan penonton rasa nak sepuk dia berpuluh-puluh kali but still, you'll find her adorable.

Jung Eunji ni memang rookie dalam bidang lakonan, but she has the talent in acting. Dalam drama ni dia tak kaku seperti rookie actor/actress yang lain. Sampai sekarang aku masih ade persepsi pada idol yang jadik pelakon. Aku tak berapa gemar sebab bukan semua orang dilahirkan mempunyai bakat dalam lakonan. Even actors/actresses sendiri perlu improve skill mereka. But I gave a round of applause to Jung Eunji. Yay!! She is exceptional, just like TOP. hehehe.

Reply 1997 is a must watch drama!
Watch it online with English subs: here.

Wednesday, September 05, 2012

Ghost

Oh aku semakin rajin pulak.

Bengang dengan Donghae cinta hatiku pergi belakon citer cintan-cintun Miss Panda and Hedgehog, aku melarikan diri mencari drama yang tidak langsung ber-genre-kan romance. Oh bengang.

Hasilnya, 유령 adalah penemuanku. Drama ini lebih dikenali dengan nama lain Ghost / Phantom.



Mereka yang dahagakan skinship dalam drama, janganlah tengok drama ni. Memang mati kehausan korang nanti. Takde sezarah pun loving-loving. Ade la sikit hint orang tu suka orang ni tapi takat suka-suka macam tu aje. Takde lebih dari itu. Skinship boleh dikira dengan jari, itu pun hanya sentuhan biasa. Tiada sentuhan atau pelukan nafsu. Tiada langsung. Sekali lagi aku ulang, TIADA. Heh.

Ghost adalah drama mengenai penyiasatan jenayah cyber. Kim Woo Hyun (So Ji Sub) ketua Cyber Investigation Squad. Yoo Kang Mi (Lee Yeon Hee) dan Lee Tae Gyun (G.O Mblaq) adalah ahli squad penyiasatan tersebut. Jangan memain wo jenayah cyber ni. Drama ni mengajar aku banyak perkara pasal alam cyber. Segala istilah computer dia sebut ea.

Drama bermula dengan kematian seorang model actress bernama Shin Hyo Jung. Mati jatuh dari apartment mahal dia tingkat 11. Pada mulanya ingat mati bunuh diri, rupanya mati kene bunuh. Disinilah bermula segala-galanya. Pertemuan kembali dua sahabat karib iaitu seorang Hacker, Park Ki Young yang bergelar Hades (Daniel Choi) dan ketua squad penyiasatan jenayah cyber.

Ade satu part yang tak logic dalam drama ni tapi bila pikir logic juga. *jangan teruskan pembacaan jika tak mahu spoiler*. Akan ada satu scene Park Ki Young dan Kim Woo Hyun berjumpa di sebuah kilang lama. Masing-masing mahukan kebenaran. Tanpa diketahui, seorang lelaki diarahkan untuk letupkan tempat tersebut. Nak kasi Park Ki Young dan Kim Woo Hyun mati. Akibat letupan tersebut, Kim Woo Hyun jadi mangsa tapi Park Ki Young terselamat. Walaupun terselamat tapi dia cedera parah. Habis muka hancur dan melecur sana sini. Disebabkan dia memegang tag nama Kim Woo Hyun, orang menyangkakan dia adalah Kim Woo Hyun. Disebabkan muka dia hancur, doktor restructure balik muka dan gigi dia mengikut record Kim Woo Hyun. Hasilnya, sethaun kemudian, Park Ki Young sehat sepenuhnya dan hidup menggunakan wajah dan identiti Kim Woo Hyun.


Logic atau tak? Logic kot memandangkan Korea is the best place for plastic surgery. kan?

So Ji Sub

Sepanjang cerita ni So Ji Sub sentiasa berkerut. Muka cool tapi macam takde perasaan. Pandai betul dia kawal mimik muka. The first two episode dia kne lakonkan watak Woo Hyun. Lepas Woo Hyun mati kene bawak character Park Ki Young pulak. Dedua watak yang dibawa memang berkesan.

Lee Yeon Hee

Watak Lee Yeon Hee pulak mula-mula ingatkan watak ni lemah dan tak berape nak memberi manfaat. Salunye kan perempuan cantik jadi heroin kan macam hampeh sikit. Tapi watak Yoo Kang Mi ni memang akan disukai. Dia lah yang discover penukaran identiti Park Ki Young/Kim Woo Hyun, selamatkan Ki Young dari dibunuh, berjuang bersama Ki Young mencari penjenayah sebenar.

Uhm Ki Joong

Watak dalam drama ni semua pandai-pandai belaka. Paling pandai adalah si jahat yang maha jahat, Jo Hyun Min (Uhm Ki Joon). Dia sentiasa setapak dihadapan. Hero dengan heroin belum sempat nak kentut, si jahat dah kentut dulu. Stress tengok orang jahat macam ni. Drama ni jugak banyak twist, expect the unexpected. Orang yang tak disangka-sangka jahat, rupanya sekutu Jo Hyun Min.

Seperti yang aku cakap, ini bukan drama loving-loving jadi jangan harap ade kiss scene. Nak kiss apenye kalau pegang-pegang pun takde kan... Kim Eun Hee screenwriter untuk drama ni memang suka buat cerita begini. Tak perlu develop plot cinta. Atau mungkin kah kerjaya detective jenayah cyber ni amat hectic sampai nak bercinta pun tak sempat? Na meolla!

Out of scale of 10, I gave this 9.5. Serius weh walaupun takde cintan cintun dalam drama ni, drama ni best. Heart thumping. Dugeun-dugeun setiap episode. Fast paced, tak meleret-leret. Padat dan setiap episode penting. Sangat berbaloi untuk ditonton. Percaya atau tidak, aku ulang drama ni dua kali dah. hahahaha

Tuesday, August 28, 2012

The Moon Embracing the Sun

It's been a while guys!

Rindu nak bercoleteh perihal dunia Kdrama. Muehehehe.

Anyone loves sageuk drama?? *Aku! Aku! Siap angkat tangan kaki lagi ni*

Nak melayan sageuk drama ni, kene ade kesabaran. Sebab most sageuk drama semuanya slow okeh. Serius slow. Mengantuk kalau tengok. Tersengguk-sengguk dan aku selalunya end up tidur depan screen. Tapi 'Moon Embracing the Sun' tidak begitu. Memang ade part slow bosan tapi sepanjang 20 episode aku marathon, aku takde mengalami situasi tersengguk-sengguk. Meleleh air mata adelah. Banyak part touching drama ni.


Seperti drama lain, watak utama 4 orang. (typical kdrama). 2 hero dan 2 heroin. Lee Hwon (Kim Soo Hyun) is the King. Yeon Woo/Wol (Han Ga In) the daughter of a noble family and Hwon's first love. Yang Myung (Jung Il Woo) the King's half brother. Bo Kyung (Kim Minseo) the selfish girl.

Nak synopsis? So 20 episode, I make it short.

Yeon Woo seorang gadis umur 13 tahun dipilih untuk menjadi Crown Princess. As if kene kawen paksa dengan Crown Prince Hwon tapi tak kene paksa pun sebab mereka berdua suka sama suka. Tapi Queen Dowager, nenek si Crown Prince Hwon ni ade plot jahat. Secara senyap-senyap dia suruh sorang bomoh ni bunuh Yeon Woo pakai ilmu hitam. Tapi bomoh ni tak bunuh pun, dia pura-pura bagi Yeon Woo mati dan bawak lari Yeon Woo jauh-jauh. Akibatnya, Yeon Woo hilang ingatan, semua orang ingat dia mati, dan Crown Prince Hwon akhirnya kawen dengan Bo Kyung atas rancangan Queen Dowager.
Lapan tahun kemudian, Yeon Woo datang balik tapi sebagai Wol, seorang gadis yang ade ilmu magic kononnya. Tapi takde ilmu magic ape pun. Masa ni Hwon dah jadi King of Joseon, tapi sekeliling dia ramai orang jahat. Bermulalah kisah Yeon Woo menemui identiti dia kembali, berhadapan dengan nasib dia yang sudah ditentukan sejak azali, dan menentang mereka-mereka yang jahat ni untuk claim hak dia sebagai Queen of Joseon yang telah dirampas suatu ketika dulu. 

Citer Sageuk ni awal-awal drama mesti kisah masa mereka kanak-kanak. So the first six episode adalah kisah mereka masa kanak-kanak. Pelakon pun kanak-kanak lah jugak. Mungkin aku ni kalau tengok drama memang menghayati or maybe too carried away. I can feel the chemistry between young Hwon (Yeo Jin Goo) and young Yeon Woo (Kim Yoo Jung). Enam episode yang tak dibazirkan, how they met, how they develop their feelings, and how they are seperated by that evil Queen Dowager. Kim Yoo Jung is one promising actress. For a child actress, she play her character very well. Time dia dipisahkan dengan Hwon, sangat sedih okeh. Dan paling sedih, time dia terbaring lesu dah nyawa-nyawa ikan depan ayah dia. Menusuk kalbu kesedihan itu.

Start episode 7 sampai habis, semua watak kanak-kanak dah jadi besar. Mungkin keserasian antara Kim Soo Hyun dan Han Ga In tak berape nak kuat, jadi feeling tu tak berape nak sampai. Mungkin perasaan aku je kot or I'm too attached to the younger period. Aku sangat suka watak King Hwon, salah satu sebab mestilah kerana Kim Soo Hyun yang berlakon, tapi sebab utama, watak Hwon ni strong. Dia bukan King yang lembik, bodoh dan senang dipergunakan. Dia tau siapa yang jahat disekeliling dia dan walaupun dia terpaksa beristerikan Bo Kyung, dia tak pernah lupakan Yeon Woo. Dan dia tau Bo Kyung dalam kelompok jahat, so he treat Bo Kyung fairly. Buat jahat dibalas jahat, barulah fair kan? Queen Dowager ade agenda jahat dia sendiri, Hwon juga ade agenda sendiri untuk counter attack. Dia bukan raja lembik seperti bapa dia.

And for Prince Yang Myung, ni satu watak kasihan. His one-sided love for Yeon Woo sedih betul. And being treated unfairly by his own father, lagi kasihan. Ada sebab kenape King Seongjo tu sentiasa tak pedulikan Yang Myung dan sentiasa lebihkan Hwon. Semuanya demi protect anak-anak dia jugak. Tapi cuma King Seongjo agak la lembik dan senang dipergunakan. Yang Myung is one good character, he value his brother the most. Dia boleh pilih untuk menentang Hwon demi merampas takhta, kat istana tu belambak sekutu jahat. Tapi dia pilih untuk stay by Hwon's side till the end. Kenape watak second hero salu kasihan? *sigh*

Plot dan storyline drama ni sangat menarik. Pelakon pun membawakan watak dengan baik tapi drama ni ade banyak kecacatan yang tersembunyi. Aku ni terlampau observant sangat kot sampai pasu susun lain arah pun aku perasan. hahahaha.

Out of 10 scale, I'll give 8.5. Berbaloi kah untuk ditonton? Ya, amat berbaloi. Untuk ditonton berulang kali? Ermmm, I don't think so. Sageuk drama beb, kalau aku tengok sekali sudah la. But if you are a fan of oh-so-georgeous Kim Soo Hyun and oh-so-charming Jung Il Woo, it is understandable to re-watch this drama. Hihihi.

Sunday, May 20, 2012

A Gentleman's Dignity

Kembali ke djaman bila aku mula gatal-gatal p stalk pakcit neh adalah bermula lepas aku nengok drama Our Attitude to Prepare Parting atau tajuk pendeknya, Rules of Love. Dalam drama toh, pakcit bukanlah first hero tapi semakin ke hujung drama, sebab fans beliau mengganas, pakcit ended up jadi first hero kepada watak Choi Kang Hee (Protect The Boss's No Eun Seol).

Kenapa aku jua suka sama pakcit? Sebab matanya umpama bebola golf kaca itew. Sangat memukau saya!(saya obses matakah?) Kendian, aku p cari drama-drama beliau yang lain tapi paling sangkut pada drama Hyena masa tu payah gila nak cari kat mana-mana streaming sites sebab siar kat cable tv ja so terpaksa (ter! ter! Tak sengaja weh!) cari pirated DVD.

Kendian, semakin mengganas rasa suka kat pakcit jadi pak lawak dalam Athena: Goddes of War tapi tak tengok sangat pun sebab takdak abe TOP. erkh. Saya tahu pakcit sangat berkarisma semua watak boleh bawa. Jahat dalam A Man Called God juga keji, bangang dalam Hyena juga cumel. FYI, kalau tak sebab makhluk The Face Shop bernama Bae Yong Jun dulu, pakcit lama dah jadi hero Winter Sonata tapi dia tolak sebab Choi Ji Woo tak cukup cantek ada komitmen sama director lain merangkap rakan karib.

Dan saya tertunggu-tunggu bila la agaknya pakcit bakal kembali beraksi, akhirnya, ketepikan sebentar abe Lee Jong Hyun (CN Blue), here comes A Gentleman's Dignity.


Setelah 12 tahun dengan drama terakhir beliau, All About Eve, pakcit Jang Dong Gun kembali ke layar gangsa sebab dah lama sangat sangkut kat layar perak.


Aha..heroin beliau adalah Kim Ha Neul yang telah menggantikan tempat Lee Na Young pada asalnya dan ekceli aku tak berapa nak gemar cik Kim Ha Neul neh.


Nengok tak kamu pakcit kegemaran saya melingkarkan tangannya pada pakcit Jang Dong Gun dan tangan sebelah lagi meraba paha pakcit Lee Jong Hyuk? Ini bukan gay tapi bromance, ye tuan-tuan dan puan-puan XD.

F4 versi 40an neh berkawan baik dan sepanjang drama para penonton bakal dihidangkan dengan kehidupan F4 pertengahan 30an dan awal 40an dalam karier, romance, kejayaan, kegagalan menikmati chenta, potpetpotpet dan pakcit Jang Dong Gun sebagai arkitek merangkap manager syarikat kontraktor (haruslah yang kaya-kaya sajo watak utama neh) bernama Kim Do-jin (asal kaya ja mesti nama ada Do Jin Do Jin neh, serius tak tau kenapa!)


Kim Ha Neul pula seorang cikgu etika (errr errr? Cikgu Pendidikan Moral la lebih kurang) bernama Seo Yi-soo.

Kim Soo Roo sebagai Im Tae-san X Yoon Se Ah sebagai Hong Se-ra.


Kim Jung Nan sebagai Kim Min-sook X Lee Jong Hyuk sebagai Lee Jung-rok.

Kim Min Jong sebagai Choi Yoon X Yoon Jin Yi sebagai Im Meari.
Pakcit neh asal posing ja mesti bantai pose sentuh-sentuh bibir tak pun hidong..aww

Forever alone, Lee Jong Hyun sebagai Colin
Lu maen gitar tak dalam drama ni nanti??? XD


Drama neh start tayang 26 May 2012, SBS, semua sekali 20 episod.
Tak sabar dah ni nak terkinja-kinja tak tentu pasal!

Writer drama ni ialah Kim Eun Sook yang tulis drama Lovers in Paris, Lovers in Prague, Lovers, The City Hall, movie A Millionaire First Love, On Air, Fly High dan Secret Garden.

PS : Rooftop Prince dah nak habis so kena cari drama baru untuk dilayan setiap minggu.

Friday, February 24, 2012

WILD ROMANCE

Best ja kan aku sorang ja paling malas nak update blog neh. Adoh. Maafkan beta~ Ok la aku tak peduli siapa dah tengok ke tak tengok drama ni janji, aku memang head over heels dengan drama ni weh grrrr!! Mula-mulakan aku tak tau pun kewujudan drama ni. Yang aku tau si Dong Wook ada act jadik pemain besbol tak tau pulak Si Young jadik heroinnya. Ekceli, dari dulu lagi aku nak nengok Si Young neh jadik lead (sorry, tak nengok Poseidon) actress. Tapi sebab kawan ajak nengok KBS, terus jatuh chenta sebab drama ni boleh tahan sengal gak.

Review sikit, spoiler sikit. "Sikit-sikit lama-lama jadi banyak-banyak," kata Zahlia memarahi manja Tengku Syahran yang mintak cumbu kat pipi..



Yoo Eun Jae (Lee Si Young) bekerja sebagai bodyguard. Kipas susah mati team besbol, Blue Seagull yang benci gila sama opposite team, Red Dreamers. Dia, bapak dia dan adek dia sama-sama anti-fans kepada Park Moo Yeol, baseman Red Dreamers sebab Moo Yeol pernah kalahkan team Blue Seagull. Sebab satu kejadian, Eun Jae terpaksa cover jadi private bodyguard Park Moo Yeol. Gelak tak bleh blah nganga besar-besar!

*****
Imo, Si Young memang ngam pegang watak ni lepas dia bermatian nak menang title champion boxing hari tu. Naluri ketomboian tu dah ada pada diri. Watak Eun Jae memang kasi buang habis watak dia yang selama ni balik-balik kalau tak bitchy, kesian ja memanjang. Seriously, aku suka watak dia dalam Boys Over Flower.



Park Moo Yeol (Lee Dong Wook), ayam tambatan Red Dreamers. Bukanlah seekor ayam tapi pemain besbol. Sangat bongkak pada masa yang sama jiwang sebab gantung cincin ex-gf pada leher. Suka keji-keji Eun Jae, kasi rosak-rosak rambut Eun Jae, gelak-gelak sama Eun Jae. Sengal.

*****
Weh, aku tak habis pun nengok ko dalam Scent of Woman. T_T Sekarang mood nak layan drama komedi ja.



Kim Tae Han (Kang Dong Ho) ialah Manager kepada Park Moo Yeol. Sangat-sangat takdak ekspresi wajah lain. Sedih ka, gembira ka, serius hatta nengok porn pun muka dia macam tu jugak.

*****

Scene bikin terkedu!



Kim Dong Ah (Im Joo Eun), best friend kepada Eun Jae merangkap tuan rumah kepada rumah tempat Eun Jae, bapak Eun Jae dan adek Eun Jae merempat. Berperangai pelek, ulat buku. Dia ni kalau boleh semua benda dia baca dalam buku semua nak kasi apply dalam kehidupan. 

*****
Compare to lead couple, aku lagi suka couple Tae Han dan Dong Ah ni sebab sangat kontra dua-dua watak. LOL 



 
Jin Dong Soo (Oh Man Suk) dan Oh Soo Young (Hwang Sun Hee) ialah married couple merangkap best friends kepada Park Moo Yeol. Dorang tiga ni kawan sejak zaman U lagi. Dong Soo pemain besbol Red Dreamers gak tapi atas sebab tertentu, dia turun pangkat jadi manager.



Kang Jeong Hee (Jessica Jung), ex-gf kepada Park Moo Yeol. Care-free orangnya tapi ada penyakit bipolar apa ntah sebab bila trauma ja dia mo geget-geget. Kesian tau tangan Moo Yeol dia kasi geget.

*****
Sebab aku malas, aku tempek gamba je la then kasi imagine sendirik jalan cerita! =P

Ini scene masa Moo Yeol p lap-lap kat baju Eun Jae masa dorang basuh pinggan sama-sama lepas Eun Jae resign jadik bodyguard Moo Yeol (tak sanggup nak tahan hati jeles kat Moo Yeon x Jeong Hee) then terpaksa jadik bodyguard Jeong Hee plak.
Moo Yeol gosok-gosok kepala Eun Jae. Tak terkira banyaknya scene neh. Eun Jae itu anjing kah?? Tapi cute dowh!



Budak cumel ni anak Dong Soo dan Soo Young. Baik budi pekertinya~

Sebelah Dong Ah tu bapak Eun Jae.



Erm, bogel...

Insiden Moo Yeol kena baling dengan telor!

Itu flower boy jahat kasi tumbok perut Dong Ah sampai trauma takleh berhenti bercakap dan Manager Kim hampir tergelincir bawa kunci kereta sebab nak p ambik dia injured. Owh shweeet!

Scene minum teh expired tak bleh blah! Serius ja ajak kapel. LOL Favorite couple ni weh~ Biased tol lah aku neh! O_O

Itu saja. Kbai~