Sunday, May 22, 2011

Mr Taxi - SNSD

Humangai berhabuk habih ah blog nih..meh aku sapu sikit..penuh dah dengan sawang ni..wakakakaka..

Sebenarnye aku dah buat post yang sama kat blog aku, disini...tapi saje nak repost kat sini..saje nak mengupdate blog yang di-anak-tiri-kan ni..hahhaha..tapi kat sini post dia special sikit ah..ade screencaps!! (bajet macam spesel sangat..blah ar..)

Okeh, enough babbling, masa untuk mengomen...:
(komen yang aku nak buat kat blog ni agak lain sikit yer berbanding dengan kat blog aku tuh...)

The Music Video: Masa teaser lagu ni kuar, kemain lagi kasik nama Mr Taxi, saje kasi aku harapan kot-kot ade makhluk hensem nak muncul dalam MV ni..Macam MV Gee ade si SHINee Minho tu. Macam MV Genie ade la jugak budak lelaki untuk aku cuci mata walaupun beberapa saat aje. Tapi yang Mr Taxi langsung tadek lelaki untuk aku cuci mata. Dari mula sampai habih 9 gadis-gadis ini aje yang ade..hmmm..kesimpulannya, aku hampa..Tapi macam lagu 'Kissing You' tu, ade pulak si Donghae pujaan hati aku dalam MV tu, berapi pulak hati aku. Sumpah aku tengok MV tu sekali je..Takleh nak tengok kali kedua. Aku cemburu!

The Dance: Dah training bertahun budak-budak ni, takkan nak dance cikai-cikai je kan..Memang tak dinafikan la artis keluaran SM ni hebat dance mereka kan. Tapi aku lagi suka kalau lagu ni, MV nya dia buat dalam bentuk cerita. Boleh la selit watak lelaki kalau buat MV dalam bentuk cerita kan..hmmm..kesimpulannya, aku gatal nak cuci mata..hahahaha..(aku ni tak habih-habih dengan selit makhluk hensem)

The Song: Lagu ni best je..bagi aku la..seronok la untuk dilayan..rentak dia catchy..tapi banyak sangat autotune la..suara Taeyeon yang sedap tu pun dia nak buat autotune. Kalau suara Yoona tu takpelah nak autotune sebab suara Yoona tak sedap pun. Bukan nak mengutuk (tapi macam mengutuk dah pun ni), tapi memang suara Yoona tu takde paedahnye dengar. 

The Girls: Seperti biasa gadis-gadis 9 ketul ni mesti kasi tunjuk sama body cun mereka. Aku yang perempuan ni pun suka aje tengok diorang menari apatah lagi lelaki kan..hahahaha..screen time untuk gadis-gadis ini pun nampak lebih 'fair and square' compare to their other MVs. Takde lah asyik muka Yoona aje kat tengah tu. Naik jemu pulak asyik muka dia aje kat tengah padahal nyanyi takat satu line aje...(Adakah aku dah terlebih mengata pasal Yoona ni?)

Overall: Hmmm..Rentak lagu ni takde gedik sengat macam lagu Gee, so boleh la nak layan lagu ni di masa lapang...(Gedik-gedik pon lagu Gee tu, aku duk layan jugak..siap ptaktis dance lagi..hahahaha)
Oleh kerana MV ni memang duk tunjuk dance diorang aje, tak leh la aku nak meng - elaborate secara detail MV ni..Enjoy the screencaps!

9 gadis berbaju kuning

Taeyeon nyanyik dulu

I prefer costume itam ni dari yang kuning tu

Jessica si rambut pelik pulak nyanyik..
Huik, Tiffany tayang kuku itam dia..bajet rock kah?
Tiffany tukar baju kuning pulak
Seohyun mintak 5 ringgit tuh
Comel pulak aku tengok Sunny ni
Aksi time chorus
Yoona perasan nak jadi rock dengan sarung tangan hitam dia tu..
Yuri kenyit mata mao goda sape ni?

Kelihatan seperti perut Yoona agak buncit..

Sooyoung tengah wat show magic kah?
Chorus lagi
Uik, aksi menutup badan?

Fuhlamak kaki panjang2 putih gebu..(tetiba teringat kakak 'Gulagula' tuh...hahaha)

Ceh, Yoona didepan pulak..

Eheh, tadi Yuri tak pakai topi

Yoona dengan rambut pelik dia

Sunny menunjukkan kecomelan

Wah, Hyyeon berposing maut neh!

Jessica perasan comel..Huh! Petuih!

Sorang lagi duk kenyit mata

Apasal la pulak ada gamba minah ni lagi?

boleh jadi model syampu pelurus rambut

Chorus lagi

dan chorus lagi

Aku mengaku aku minat sama Taeyeon ni

Tiffany didepan..yeah,bukan Yoona..
Taeyeon pulak kat depan..bia Yoona duk belakang..muahahahaha

Habis dah.....Tamat...