Showing posts with label Japanese Drama. Show all posts
Showing posts with label Japanese Drama. Show all posts

Wednesday, October 10, 2012

Priceless

Selamat datang musim luruh! Ucaplah "Hai!" untuk dedaunan berguguran sekalian~ Inilah padahnya terlampau membaca komik Hajime Kindaichi... So, apa cerita belog ini kian lama kian sunyi.... *insert bunyi angin meniup-niup* 

Aku masih belum bangkit dari demam Poor Woman, Rich Man wargh kenapakah Shun Oguri dan Ishihara Satomi sangat membuai perasaan ini owh amat berharap Shun bujang lagi so that boleh ngedate Satomi. 

Persetankan To The Beautiful You, Nice Guy/Innocent Man, Faith/The Great Doctor (barisan drama sudah didonlod tapi tengoknya idak!) juga God's Quiz sila ke tepi sebentar. Maaf oppa Ryu Deok Hwan, movie anda yang sudah sedia terdonlod itu juga sila ke tepi sebentar. Kita beri laluan kepada abang-terer-act, Kimura Takuyaaaaa mukyaaaaa~! 

 
Tajuknya, PRICELESS~Aru Wake Needaro, Namon!~ ditayangkan minggu depan yakni hari Senin 14 Octopus 2012 di negara matahari terbit jam 9 malam waktu mereka tatkala Malaysia menjejak kaki ke jam 8 malam.. Ok, ini kali ke-9 KimuTaku menampakkan diri ketika drama prime time. Bertemakan lagu The Rolling Stones - Jumpin' Jack Flash (asal drama Takuya ja macham wajib ja guna lagu english neh??) 

Dibulanbintangi bersama Nakai Kiichi sebagai bos beliau dan Karina sebagai kolig beliau juga dua orang budak lelaki ceritanya begini... 

Kindaichi Fumio (Kimura) sangat peramah orangnya lagi disukai ramai di tempat kerja tapi malangnya tidak berbau durian, beliau kurang digemari oleh pihak atasan dan telah dipecat atas kesalahan beliau sendiri juga kurang arif apa ke bendanya itu kesalahannya. Sekelip mata, beliau kehilangan segala-galanya. Duit sen pun tarak, rumah pun tarak juga harapan pun tarak. 


Walaupun beliau jatuh kemudian ditimpa tangga lagi, beliau terserempak dengan 2 orang budak laki-laki yang juga takdak sen macham beliau dan bersahabatlah mereka. Belajarlah beliau erti hidup di dunia tanpa uang bersama budak-budak itu namun beliau tetap melangkah ke hadapan juga tidak hilang sikap positifnya walaupun tinggal dalam serba kedaifan. 


Bukan itu saja, bossnya yang tidak boleh diharap (Nakai) dan akauntan biasa (Karina) seterusnya (mebi!) love interest beliau turut menerima kesan positif hasil pengaruh dari beliau. PRICELESS ialah sebuah dorama heartwarming comedy mengenai sorang lelaki yang sedaya-upaya bangkit semula setelah jatuh ke tahap yang paling rendah dalam hidupnya dan melihat kepada kegigihan atlit Olympic baru-baru neh, KimuTaku berkobar-kobar mahu menjadikan dorama ini sebagai dorama milik beliau dan crew sekalian. *Gemuruh jiwa...semangat membara...!* 

Rumorrrrrr! Rumorrrrr bak kata Adele, 

 
Ada desas-desus-desis-desos mengatakan KimuTaku merungut bila Karina dijadikan sebagai heroin beliau antara sebabnya Karina berwajah kecik (kejadah??) dan beliau prefer Ayase Haruka (korek balik dorama Mr Brain) tapi sebab Haruka banyak projek, beliau terpaksa tolak dorama ini (kurang arif betol ke tak) 

Ramai peminat abe Takuya tak leh terima abe dorang ni act jadi papa kedana sebab dah biasa tengok beliau hidup mewah lagipun watak-watak Takuya sebelum ni semuanya hebat-hebat belaka : Perdana Menteri, pendakwa raya, car racer, pianist, scientist, hair stylist... 

 Jika engkau tanya aku, 


Acting beliau memang superb so tak kan ada masalah dengan lakonan jadi miskin ka kaya ka bila segala-galanya bergantung pada jalan cerita, arahan lakonan dan skrip bagai...bila acting dah superb tapi jalan cerita hampeh pun tak leh jadi gak macham batuk*batuk* Moon Lovers/Tsuki no Koibito...

Sunday, July 29, 2012

RICH MAN, POOR WOMAN

Bila Mark Zuckerberg bertemu Cinderella moden, apakah yang terjadi? Mungkinkah Mark menjadi tikus lalu menggeget labu? Mungkinkah Cinderella tertinggal selepar jepunnya buat kali kedua?


 Tak tau chamna boleh terserempak dengan jdorama ini tapi sesungguhnya, layan!


Toru Hyuga (Shun Oguri) jejaka umo 29 adalah sorang yang filthy rich. Memulakan sebuah IT company bersama rakan beliau, Kosuke Asahina (Arata), drop dari high school (spesies genius memang harus tak pandai sekolah =_='') then wujudkan sebuah software company yang bergaya - NEXT INNOVATION.


Company itu menjadi company teknologi super berjaya dan semua programmer muda-muda mo kerja di situ. Tapi, Toru ada penyakit pelik yakni beliau tak boleh ingat muka orang sekali dengan namanya. That's why pekerja dia kena introduce diri banyak kali setiap kali terserempak dengan presiden company ini. Setiap hari, setiap tika dan saat, Toru akan mencari sang ibu yang sudah lama meninggalkan dirinya.


Haruka, pelajar tahun akhir Universiti Tokyo sedang giat mencari kerja (urgh, masa final year korang buat apa huh, students Malaysia sekalian?! *mode terasa*). Sudah menghadiri lebih 30 interbiu, dia masih juga belom dapat kerja sehinggalah keyakinan dirinya jatuh mendadak *insert bunyik kaca jatuh ke batu*.

Tidak disangka, Haruka terserempak sama sebuah magazine yang menayangkan muka Hyuga Toru sebagai cover depan. Terus dia balik apart dan buat research pasal NEXT INNOVATION.


Haruka pun pergilah ke sebuah majlis presentation khas untuk new recruits for NEXT INNOVATION dan berjalanlah Presiden Hyuga Toru di atas platform sambil memberi sedikit kata-kata bongkak di hadapan para hadirin yang mungkin akan berjaya memasuki company beliau. Di situ, Toru mula mempermalukan Haruka.

Walaupun takot, Haruka mula berdiri dan melawan balik kata-kata hinaan dari Toru (berani sungguh!) dan Toru pun menanyakan nama beliau.

"Sawaki Chihiro-desu."

Mendengar nama itu, Toru *tanjat boboi* dan mula confused....

****

Kata-kata bangkangan @ bantahan :

Hah?! Ishihara Satomi? Word 'bibir' terus terpancar terang dalam otak sebab itu memang 'main figure' milik Ishihara dalam kotak pikiran aku. lol Ok kah, ngam kah beliau acting sama Shun??

Shun Oguri jejaka kaya? Chukup kachak kah beliau (sebab dalam drama jejaka kaya haruslah kachak)? Oh, rewind balik Hana Yori Dango...berambut kuning sambil bermain violin then meratah apple..hurmm masih ada bakat jadi jejaka kaya yang kachak. Tapi, sudah biasa melihat Shun sebagai seorang yang berperwatakan ganjil, bagaimana harusku imagine beliau jadi kaya??

Saki Aibu? Owh, gf Tomoya Nagase merangkap gadis kegemaran Naito (refer to Zettai Kareshi).

Kata-kata *wow!* :

Bersyukur banyak-banyak sebab Aibu Saki bukan leading heroin. Tak tau kenapa sebab macham tak seswai untuk imej gadis 'miskin'.


Oh, Toru Hyuga....kenapa saya tiba-tiba rasa kamu super kachak padahal dulu saya suka cakap kamu macam rupa monyet..?? *blushing* (kamu : mungkin sebab dia kaya so kamu rasa dia kachak kah, step?!)

Ishihara Satomi bikin saya terharu sebab acting desperate mo cari kerja yang sangatlah menjadik desperate-nya. tsk tsk *golong tisu*


***


Si keparat, adek Seungri cuba untuk pose bergaya seperti Toru tapi malang, abe TOP lagi bergaya daripada kamu! =P