Showing posts with label High School Debut. Show all posts
Showing posts with label High School Debut. Show all posts

Monday, January 16, 2012

High School Debut @ Koukou Debut

Erk kawan kawan Jeep rajin kan? Cepat betul mereka apdet segala reviu baru. Jeep nak jua bagi kontribushen kat belog neh. Nak bagi meriah. Maka dengan itu, Jeep nak buat kelainan sikit. Jeep nak reviu pasai muvi. Muvi Jepun plak tu. Muvi ini bertajuk "High School Debut". Berikut adalah trailer muvi tersebut.  (Eheh dah lari dari tema kpop kat belog neh. Sesuka hati Jeep ja kan. Ala sekali sekala kena la ada kelainan gituw)

Introduction
Muvi ini diadaptasikan dari manga. Tajuk yang sama jua. High School Debut. Jeep tak penah baca manga neh. Oleh yang demikian Jeep memang taktau la apa bezanya versi muvi dan manga tersebut.(Jeep layan muvi ni sebab ada Junpei. Makin lama dia makin kacak la..aumm)
Ini live action punya versi
Ini katun punya versi
Synopsis
Muvi ini mengisahkan seorang budak pompuan, Haruna Nagashima yang gila main softball masa dia Sekolah Tengah(Middle School). Maka, apabila dia dah masuk Sekolah Tinggi, dia berazam nak cari boipren dan menikmasi saat lovey dovey penuh bahagia. Tapi apalah daya, apabila diri ini takdak kemahiran mahu memikat. Dia langsung tak berjaya nak dapatkan boipren. Macam cerita cintan cintun lain, adalah eksiden yang menemukan pompuan neh dengan hero, Yoh Komiyama. Pompuan neh pum mintak la encit hero supaya menjadek jurulatihnya untuk memikat lelaki. Encit Yoh neh pum bersetuju. Tapi dengan syarat, jangan jatuh cinta dengan dia. (Dari sinopsis pum dah boleh agak ending kan)

Haruna dan Yoh(manga)
Yoh dan Haruna (movie)
Characters

Haruna Nagashima dilakonkan oleh adek Ito Ono. Watak Haruna neh memang hebat amat la bila main softball. Dia bersemangat nak dapatkan boipren sebab terlalu baca banyak sangat Shojo manga. Kira dalam kategori desperet. Watak Haruna neh digambarkan sebagai pure, baik, mulia dan honest. Ala segala gala yang baik tu ada lah kat watak pompuan neh.
Lakonan Ito Ono
Yoh Komiyama punya watak plak dilakonkan oleh Junpei Mizobata. (Mukyaaaaa taip nama Junpei pum ada rasa getar di hati). Watak Yoh neh sama la jua macam watak watak hero manga yang lain. Digambarkan sebagai seorang yang cool, kacak dan amat diminati semua rakyat jelata. Dan tak lupe jua dengan perangai yang dingin, konon macam tak suka tapi suka tu kan. Watak Yoh neh kononnya pandai la mengajar memikat lelaki dari view seorang wanita.
Lakonan Junpei Mizobata
Asami Komiyama merupakan adek kepada Yoh Komiyama dan member kamcing Haruna Nagashima dilakonkan oleh Rina Aizawa. Konon macam wanita perfek lah. Comel, pandai bergaya dan semua makhluk lelaki boleh cair la kalau tengok Asami neh.
Lakonan Rina Aizawa
Ada berketul ketul watak sampah dalam muvi neh. Salah dua orang daripadanya merupakan member baek Yoh, Fumiya Tamura lakonan Masaki Suda dan Yui Asaoka lakonan Yuki Furukawa. (Adek Masaki Suda neh macam ada iras Jun Matsumoto plak)
Lakonan Yuki Furukawa
Lakonan Masaki Suda
Korang mesti berjuling juling mata baca nama Jepun yang tak pernah familiar neh kan. Jeep pum sama jua. Sebab semua pelakon neh tak habis sekolah lagi. Adek adek saja kecuali Junpei yang kacak itu.

Conclusion
Setelah Jeep menghabiskan masa selama 1 jam 32 minit 47 saat menonton High School Debut neh, apa yang boleh Jeep simpulkan adalah movie ini amat tak best. Terlalu prediktebel. Memang dah boleh agak dah dari baca sinopsis tu apa akan jadek. Si pompuan yang konon tak cun bertemu dengan si lelaki yang maha cool dan bergaya. Konfirm konfirm la korang pum tau apa akan jadek kalau cerita begini kan.

Dah la tu pulak, movie ni amek dari manga. Bayangkan manga yang ada 13 buah volume toh nak dipendekkan dalam satu jam setengah, memang la jadik tah paper. Macam mana heroin toh boleh berubah jadek cun pum macam sekejap sangat. Lukis satu lukisan, lepas tu dah tau nak pakai apa yang sesuai untuk sepanjang movie.

Watak watak sampah pum tak berkembang dengan baek. Adek Yoh, Asami toh entah macam mana boleh pulak tetiba jatuh cinta kat member Yoh, Fumiya tu. Kira semua yang berlaku  macam tetiba la. Plot stori yang terlalu mampat sehingga menjadi serabut.

Dan yang paling takleh blah, ada part last time konon nk sambut christmas eve ke hape ntah. Mereka berdua gi tempat yang entah hape orang pakai baju Santa bernari nari macam filem industan.What the????

Jeep telah menghabiskan masa tonton movie ini dan jua menghabiskan masa mengreviukannya di sini. Jeep memang suka buang masa. Hee.

Tapi kan mungkin la, mungkin manga dia best kot. Cuma movie ni ja yang terlalu serabut. Ramai yang puji movie neh, but movie sebegini tak kena dengan selera Jeep. Jeep sudah  muak dah dengan cerita sebegini. Terlalu tipikel. Bagi Jeep tengok MV Present encit K Will tu jauh lagi sweet.

Kepada peminat peminat movie ni janganlah mengamuk marahkan Jeep. Jeep tatot..

Sumber gambar:gugel imej
Sumber maklumat: wikiiiiiiiiiiiiiiiii