Monday, September 24, 2012

Reply 1997

Tahun ni ape pasal banyak sangat drama best??
Wae??

Dah tengok Reply 1997?
Drama ni is one of the best. Seroiusly tak tipu.
Lelebih lagi untuk para-para fangirl, you should watch this drama. Sedar sikit macamana annoyingnya fan-girl yang extreme. Hahaha


At first, I'm not interested in this drama. Tapi bila tau synopsis drama ini berkisar remaja perempuan yang amat menggilai HOT pada era tahun 1997, I give it a try. Aku kan juga seorang fangirl, mestilah mahu menyelami kisah hidup seorang fangirl. Hahaha.

Jung Eunji
Sung Shi Won (Jung Eunji) merupakan peminat tegar kumpulan HOT. Dia paling minat Tony Ahn. Tahap minat dia memang fanatik jauh mengalahkan aku. Sampaikan aku sendiri tengok pun rasa nak sepuk-sepuk watak Sung Shi Won ni. Dan pada masa yang sama gelak-gelak tengok perangai fan yang amat dahsyat.

Seo In Guk
Yoon Yoon Jae (Seo In Guk) kenal Shi Won dari kecik. Kira childhood friend lah diorang berdua ni. Dia dan abangnye jadi anak yatim lepas parents diorang meninggal. Sejak tu, parents Shi Won lah yang jaga diorang berdua. Jaga macam jaga anak sendiri. Yoon Jae ni seorang yang cool. Berkawan baik dengan Shi Won tapi selalu gaduh dengan Shi Won dan juga sentiasa tunaikan hasrat Shi Won. Lama-lama dia sedar yang dia jatuh cinta dengan kawan baik sendiri.

Hoya (Infinite)
Kang Jun Hee (Hoya) juga berkwan baik dengan Shi Won. Mungkin juga dalam ramai-ramai kawan Shi Won lagi rapat dengan Jun Hee. Dan Jun Hee ade satu rahsia besar yang Shi Won sahaja tau iaitu si Hoya yang hensem ni suka kat Yoon Jae. Omaigod.. Tepuk dada aku dengan watak Jun Hee ni. Tapi Jun Hee ni baik, beradab dan hensem. Mak Shi Won berangan untuk jadikan Jun Hee ni menantu dia.

Shin So Yool
Mo Yoo Jeong (Shin So Yool) ade crush kat Yoon Jae. Siap suruh Shi Won tolong jadi cupid. Tapi cinta dia beralih pada seorang pelajar baru dari Seoul pulak. Orang Busan ni diorang pandang tinggi pada orang-orang dari Seoul. Bersungguh dia cuba ngorat budak Seoul tu. Yoo Jeong juga seorang fan girl tapi rasanya tak se-extreme Shi Won. Asalnye dia juga peminat HOT tapi beralih arah jugak ke Sechs Kies.

Eun Ji Won
Do Hak Chan (Eun Ji Won) pelajar baru dari Seoul. Dia tak boleh tengok perempuan langsung. Dia akan rasa awkward walaupun dia ni pakar mengenai video-video dan majalah-majalah porn. Hahaha. Sangatlah tak senonoh. Ketika Yoo Jeong cuba nak rapat dengan dia, dia jadi malu-malu sebab mula bayang bende bukan-bukan hasil dari kerajinan beliau menonton video-video porn tersebut. Ergghhhh.

Lee Shi Un
Bang Sung Jae (Lee Shi Un) kawan yang sengal sama aje macam Hak Chan. Enjoy tengok bende-bende dewasa ni. Suka buat tindakan-tindakan yang agak la bodoh ea. Satu lagi watak yang rasa nak bagi flying kick.

Song Jong Ho
Yoon Tae Woong (Song Jong Ho) adalah abang pada Yoon Yoon Jae. Bekerja sebagai cikgu kat sekolah budak-budak ni. Tujuan dia jadi cikgu sebab nak jaga adik dia si Yoon Jae tu. Dia ni juga dulu boyfriend kepada mendiang kakak Shi Won. Dia seorang abang yang sangat baik dan sanggup buat apa saja untuk Yoon Jae. Dalam banyak-banyak watak lelaki yang ada dalam drama ni, watak Tae Woong je lah yang releven sikit untuk diterima masyarakat setempat. Yang lain semua, haram giler. Hahaha.

Watching this drama, i shed tears and laugh out aloud. Sangat berbaloi untuk ditonton. The whole story is about first love experience. Ada yang berjaya end up dengan first love, ade juga yang jumpa cinta lain.

Teknik penceritaan juga menarik. Drama bermula dengan berkumpulnya sekumpulan pelajar untuk reunion. Masa nilah start flashback tahun 1997 sampailah present time. Segala yang berlaku dalam hidup sekumpulan remaja itu disingkap satu persatu.  Rahsia juga turut dibongkar.

Interaksi antara Shi Won dan eomma appa dia rasa macam ridiculous. Mungkin untuk setengah parents pasti dah tenyeh-tenyeh dah kepala anak perempuan dia kalau perangai macam tu. Perhubungan dia bersama kawan-kawan juga agak unik, Shi Won ni berperwatakan ganas tetapi dia langsung tidak ade ciri-ciri tomboy. Mempunyai kawan-kawan lelaki yang tahan dengan perangai dia, dan juga kawan-kawan perempuan yang sama sengal perangai fangirl itu. Sape yang ade teenage life begini pasti berharap masa tidak akan berlalu.

Sepanjang drama ni, i can feel the chemistry between Yoon Jae and Shi Won. Scene mereka berdua comel-comel belaka walaupun penuh dengan gaduh bertengkar aje. Character Shi Won yang amat menggilai HOT membuatkan penonton rasa nak sepuk dia berpuluh-puluh kali but still, you'll find her adorable.

Jung Eunji ni memang rookie dalam bidang lakonan, but she has the talent in acting. Dalam drama ni dia tak kaku seperti rookie actor/actress yang lain. Sampai sekarang aku masih ade persepsi pada idol yang jadik pelakon. Aku tak berapa gemar sebab bukan semua orang dilahirkan mempunyai bakat dalam lakonan. Even actors/actresses sendiri perlu improve skill mereka. But I gave a round of applause to Jung Eunji. Yay!! She is exceptional, just like TOP. hehehe.

Reply 1997 is a must watch drama!
Watch it online with English subs: here.

Wednesday, September 05, 2012

Ghost

Oh aku semakin rajin pulak.

Bengang dengan Donghae cinta hatiku pergi belakon citer cintan-cintun Miss Panda and Hedgehog, aku melarikan diri mencari drama yang tidak langsung ber-genre-kan romance. Oh bengang.

Hasilnya, 유령 adalah penemuanku. Drama ini lebih dikenali dengan nama lain Ghost / Phantom.



Mereka yang dahagakan skinship dalam drama, janganlah tengok drama ni. Memang mati kehausan korang nanti. Takde sezarah pun loving-loving. Ade la sikit hint orang tu suka orang ni tapi takat suka-suka macam tu aje. Takde lebih dari itu. Skinship boleh dikira dengan jari, itu pun hanya sentuhan biasa. Tiada sentuhan atau pelukan nafsu. Tiada langsung. Sekali lagi aku ulang, TIADA. Heh.

Ghost adalah drama mengenai penyiasatan jenayah cyber. Kim Woo Hyun (So Ji Sub) ketua Cyber Investigation Squad. Yoo Kang Mi (Lee Yeon Hee) dan Lee Tae Gyun (G.O Mblaq) adalah ahli squad penyiasatan tersebut. Jangan memain wo jenayah cyber ni. Drama ni mengajar aku banyak perkara pasal alam cyber. Segala istilah computer dia sebut ea.

Drama bermula dengan kematian seorang model actress bernama Shin Hyo Jung. Mati jatuh dari apartment mahal dia tingkat 11. Pada mulanya ingat mati bunuh diri, rupanya mati kene bunuh. Disinilah bermula segala-galanya. Pertemuan kembali dua sahabat karib iaitu seorang Hacker, Park Ki Young yang bergelar Hades (Daniel Choi) dan ketua squad penyiasatan jenayah cyber.

Ade satu part yang tak logic dalam drama ni tapi bila pikir logic juga. *jangan teruskan pembacaan jika tak mahu spoiler*. Akan ada satu scene Park Ki Young dan Kim Woo Hyun berjumpa di sebuah kilang lama. Masing-masing mahukan kebenaran. Tanpa diketahui, seorang lelaki diarahkan untuk letupkan tempat tersebut. Nak kasi Park Ki Young dan Kim Woo Hyun mati. Akibat letupan tersebut, Kim Woo Hyun jadi mangsa tapi Park Ki Young terselamat. Walaupun terselamat tapi dia cedera parah. Habis muka hancur dan melecur sana sini. Disebabkan dia memegang tag nama Kim Woo Hyun, orang menyangkakan dia adalah Kim Woo Hyun. Disebabkan muka dia hancur, doktor restructure balik muka dan gigi dia mengikut record Kim Woo Hyun. Hasilnya, sethaun kemudian, Park Ki Young sehat sepenuhnya dan hidup menggunakan wajah dan identiti Kim Woo Hyun.


Logic atau tak? Logic kot memandangkan Korea is the best place for plastic surgery. kan?

So Ji Sub

Sepanjang cerita ni So Ji Sub sentiasa berkerut. Muka cool tapi macam takde perasaan. Pandai betul dia kawal mimik muka. The first two episode dia kne lakonkan watak Woo Hyun. Lepas Woo Hyun mati kene bawak character Park Ki Young pulak. Dedua watak yang dibawa memang berkesan.

Lee Yeon Hee

Watak Lee Yeon Hee pulak mula-mula ingatkan watak ni lemah dan tak berape nak memberi manfaat. Salunye kan perempuan cantik jadi heroin kan macam hampeh sikit. Tapi watak Yoo Kang Mi ni memang akan disukai. Dia lah yang discover penukaran identiti Park Ki Young/Kim Woo Hyun, selamatkan Ki Young dari dibunuh, berjuang bersama Ki Young mencari penjenayah sebenar.

Uhm Ki Joong

Watak dalam drama ni semua pandai-pandai belaka. Paling pandai adalah si jahat yang maha jahat, Jo Hyun Min (Uhm Ki Joon). Dia sentiasa setapak dihadapan. Hero dengan heroin belum sempat nak kentut, si jahat dah kentut dulu. Stress tengok orang jahat macam ni. Drama ni jugak banyak twist, expect the unexpected. Orang yang tak disangka-sangka jahat, rupanya sekutu Jo Hyun Min.

Seperti yang aku cakap, ini bukan drama loving-loving jadi jangan harap ade kiss scene. Nak kiss apenye kalau pegang-pegang pun takde kan... Kim Eun Hee screenwriter untuk drama ni memang suka buat cerita begini. Tak perlu develop plot cinta. Atau mungkin kah kerjaya detective jenayah cyber ni amat hectic sampai nak bercinta pun tak sempat? Na meolla!

Out of scale of 10, I gave this 9.5. Serius weh walaupun takde cintan cintun dalam drama ni, drama ni best. Heart thumping. Dugeun-dugeun setiap episode. Fast paced, tak meleret-leret. Padat dan setiap episode penting. Sangat berbaloi untuk ditonton. Percaya atau tidak, aku ulang drama ni dua kali dah. hahahaha