Saturday, January 21, 2012

Sunny (써니)

Korang mesti dah tengok movie ni kan? Jeep je yang terlambat. Movie ni dah lama. Tapi Jeep baru ja tengok. Dah lama Jeep teringin nak tengok, tapi entah kenapa tak penah berusaha gigih mencari movie neh. So semalam, Jeep tengok Roly Poly Jepun punya versi, dapat wahyu nak cari gak cerita neh. Then, bila tengok Sunny neh, Jeep memang tak nyesal. Maka dengan itu, kepada sesiapa yang belum tengok, wajib baca reviu Jeep neh then terus gi tengok okeh. Jeep janjik tak spoiler lelebeh.

Introduction
Filem ini tayang kat South Korea dalam May 2011. Oleh sebab filem ni best, maka tayangan dia lama. Sampai Ogos kot kalau tak silap. Total jualan tiket sampai 7.3 juta woh. Kalau tengok trailer macam citer zaman dolu dolu. Tapi sebenarnya lebeh kurang 50% present and 50% past.


Synopsis
Kisah movie ini tentang Na-Mi datang dari kampung pergi sekolah kat Seoul. First day pum dah terus kena buli. Tapi ada satu geng ni tolong dia. Chun Hwa, ketua kumplan yang kuat dan pandai berlawan. Jang-mi, budak yang agak temban dan wish nak buat plastik sejeri dabel ailid supaya lagi cun. Jin-hee, yang pandai mencarut. Geum-ok, yang suka menulis dan berangan nak jadek penulis terkenal. Bok-Hee, dia ni teringin nak jadek Miss Korea. Dan last sekali Su-ji, nampak macam sombong tapi amat cun. Na-mi neh kemudian jadek la ahli baru geng dorang. Then grup baru yang ada Na-mi neh diberi nama Sunny. Kira kamcing habis la mereka bertujuh.

25 tahun lepas tu, Nami neh dah pum berkawen. Satu hari dia jumpa la Chun-Hwa kat sepital. Chun-hwa neh saket kanser. Kira macam takdak banyak masa la kot nak hidup. Maka dia request kat Na-mi neh satu permintaan. Tolong cari ahli Sunny yang lain...


Characters
Berikut adalah kesemua ahli Sunny yang dah besau dan kecit.







Masa Jeep tengok citer neh, tak sangka pulak yang Jeep akan jatuh cinta. Jatuh cinta kat watak Joon-Ho, lakonan Kim Shi-hoo. Waduh memang kacak comel habis mamat neh.



Screen caps
Sedikit screencaps untuk kalian.





Jeep suka part neh

Merapus
Kisah mengenai persahabatan, cinta, keluarga dan secara ringkasnya mengenai kehidupan. Tu pasai movie ni jadek best. Jeep boleh gelak gila gila dan kemudian nanges sampai meleleh hingus.

Best masa tengok zaman Na-mi neh kat sekolah, main sesama, gelak sesama, menari sesama, nanges sesama. Jeep masa kat sekolah dulu takdak geng. Jeep kan malas gi sekolah. Muahahahha. Maka dengan itu, Jeep banyak dah lost kontek ngan kengkawan. Sobzz

Antara sebab movie neh best jua adalah sebab tua or muda boleh relate dengan movie neh. Makcit makcit bila tengok movie neh macam terkenang memori indah. Zaman jahilliah dulu. Terkinja sana sini. Bebudak plak leh tengok macam mana suasana zaman mak dorang remaja belia. Tengok macam mana mak mak kita enjoy zaman itu.

Jeep suka jua part macam mana movie ni berubah dari present ke past. Memang unik dan kreatip. Lagu lagu lama yang menjadek background movie ni pum buat penonton akan rasa nostaljik.

Movie neh memang simple. Jalan cerita yang tak heavy. Sesuai la untuk semua orang tengok secara santai bersama keluarga. Yap, tengoklah ngan mak korang cerita neh. Wajib tengok okeh!

Conclusion
Dalam bergelak gelak dan nanges masa tengok cerita neh, Jeep pum ada rasa takut. Bukan takut hantu ke hape ke. Tapi kepada kehidupan yang mendatang. Apa yang bakal jadek kepada kehidupan Jeep. Bila tengok bebudak Sunny neh masa muda, impian melambung lambung. Nak jadek Miss korea la bagai. Tapi bila dah masa hadapan, hidup tak menentu.

Itukah realitinya tentang kehidupan. Apa yang kita nak, tak selalunya kita dapat. Kita sendiri yang akan tentukan mana hala tuju kehidupan kita. Bukan orang lain. Diri kita sendiri.

Kesimpulannya, movie Sunny neh bukan saja buat kita gelak dan ketawa tengok, tapi jua membuatkan kita terfikir tentang masa depan. Sekian..

Sumber gambar: gugel imej dan allkpop

Ps: Oh dalam muvi neh ada Girl's Generation tau. Dorang watak jahat

Monday, January 16, 2012

High School Debut @ Koukou Debut

Erk kawan kawan Jeep rajin kan? Cepat betul mereka apdet segala reviu baru. Jeep nak jua bagi kontribushen kat belog neh. Nak bagi meriah. Maka dengan itu, Jeep nak buat kelainan sikit. Jeep nak reviu pasai muvi. Muvi Jepun plak tu. Muvi ini bertajuk "High School Debut". Berikut adalah trailer muvi tersebut.  (Eheh dah lari dari tema kpop kat belog neh. Sesuka hati Jeep ja kan. Ala sekali sekala kena la ada kelainan gituw)

Introduction
Muvi ini diadaptasikan dari manga. Tajuk yang sama jua. High School Debut. Jeep tak penah baca manga neh. Oleh yang demikian Jeep memang taktau la apa bezanya versi muvi dan manga tersebut.(Jeep layan muvi ni sebab ada Junpei. Makin lama dia makin kacak la..aumm)
Ini live action punya versi
Ini katun punya versi
Synopsis
Muvi ini mengisahkan seorang budak pompuan, Haruna Nagashima yang gila main softball masa dia Sekolah Tengah(Middle School). Maka, apabila dia dah masuk Sekolah Tinggi, dia berazam nak cari boipren dan menikmasi saat lovey dovey penuh bahagia. Tapi apalah daya, apabila diri ini takdak kemahiran mahu memikat. Dia langsung tak berjaya nak dapatkan boipren. Macam cerita cintan cintun lain, adalah eksiden yang menemukan pompuan neh dengan hero, Yoh Komiyama. Pompuan neh pum mintak la encit hero supaya menjadek jurulatihnya untuk memikat lelaki. Encit Yoh neh pum bersetuju. Tapi dengan syarat, jangan jatuh cinta dengan dia. (Dari sinopsis pum dah boleh agak ending kan)

Haruna dan Yoh(manga)
Yoh dan Haruna (movie)
Characters

Haruna Nagashima dilakonkan oleh adek Ito Ono. Watak Haruna neh memang hebat amat la bila main softball. Dia bersemangat nak dapatkan boipren sebab terlalu baca banyak sangat Shojo manga. Kira dalam kategori desperet. Watak Haruna neh digambarkan sebagai pure, baik, mulia dan honest. Ala segala gala yang baik tu ada lah kat watak pompuan neh.
Lakonan Ito Ono
Yoh Komiyama punya watak plak dilakonkan oleh Junpei Mizobata. (Mukyaaaaa taip nama Junpei pum ada rasa getar di hati). Watak Yoh neh sama la jua macam watak watak hero manga yang lain. Digambarkan sebagai seorang yang cool, kacak dan amat diminati semua rakyat jelata. Dan tak lupe jua dengan perangai yang dingin, konon macam tak suka tapi suka tu kan. Watak Yoh neh kononnya pandai la mengajar memikat lelaki dari view seorang wanita.
Lakonan Junpei Mizobata
Asami Komiyama merupakan adek kepada Yoh Komiyama dan member kamcing Haruna Nagashima dilakonkan oleh Rina Aizawa. Konon macam wanita perfek lah. Comel, pandai bergaya dan semua makhluk lelaki boleh cair la kalau tengok Asami neh.
Lakonan Rina Aizawa
Ada berketul ketul watak sampah dalam muvi neh. Salah dua orang daripadanya merupakan member baek Yoh, Fumiya Tamura lakonan Masaki Suda dan Yui Asaoka lakonan Yuki Furukawa. (Adek Masaki Suda neh macam ada iras Jun Matsumoto plak)
Lakonan Yuki Furukawa
Lakonan Masaki Suda
Korang mesti berjuling juling mata baca nama Jepun yang tak pernah familiar neh kan. Jeep pum sama jua. Sebab semua pelakon neh tak habis sekolah lagi. Adek adek saja kecuali Junpei yang kacak itu.

Conclusion
Setelah Jeep menghabiskan masa selama 1 jam 32 minit 47 saat menonton High School Debut neh, apa yang boleh Jeep simpulkan adalah movie ini amat tak best. Terlalu prediktebel. Memang dah boleh agak dah dari baca sinopsis tu apa akan jadek. Si pompuan yang konon tak cun bertemu dengan si lelaki yang maha cool dan bergaya. Konfirm konfirm la korang pum tau apa akan jadek kalau cerita begini kan.

Dah la tu pulak, movie ni amek dari manga. Bayangkan manga yang ada 13 buah volume toh nak dipendekkan dalam satu jam setengah, memang la jadik tah paper. Macam mana heroin toh boleh berubah jadek cun pum macam sekejap sangat. Lukis satu lukisan, lepas tu dah tau nak pakai apa yang sesuai untuk sepanjang movie.

Watak watak sampah pum tak berkembang dengan baek. Adek Yoh, Asami toh entah macam mana boleh pulak tetiba jatuh cinta kat member Yoh, Fumiya tu. Kira semua yang berlaku  macam tetiba la. Plot stori yang terlalu mampat sehingga menjadi serabut.

Dan yang paling takleh blah, ada part last time konon nk sambut christmas eve ke hape ntah. Mereka berdua gi tempat yang entah hape orang pakai baju Santa bernari nari macam filem industan.What the????

Jeep telah menghabiskan masa tonton movie ini dan jua menghabiskan masa mengreviukannya di sini. Jeep memang suka buang masa. Hee.

Tapi kan mungkin la, mungkin manga dia best kot. Cuma movie ni ja yang terlalu serabut. Ramai yang puji movie neh, but movie sebegini tak kena dengan selera Jeep. Jeep sudah  muak dah dengan cerita sebegini. Terlalu tipikel. Bagi Jeep tengok MV Present encit K Will tu jauh lagi sweet.

Kepada peminat peminat movie ni janganlah mengamuk marahkan Jeep. Jeep tatot..

Sumber gambar:gugel imej
Sumber maklumat: wikiiiiiiiiiiiiiiiii

Wednesday, January 11, 2012

MBLAQ - It's War [MV Review]

Mari kita review mv It's War. Cik sengal tengok pertama kali mv ni cik sengal dah boleh terima lagunya. Bila habis mv, lagunya masih bermain dalam kepala cik sengal. Tapi, cik sengal lagi suka kot lagu Mona Lisa. Apa-apa pun jalan cerita dalam mv ni memang best. So, snapshot cik sengal ambil ni semua pasal jalan cerita mv ni.
Lee Joon nak menembak siapa? Muka penuh rasa benci nampaknya
Oh, inilah dua manusia yang nak ditembak itu
Sedia untuk menari
Tiba-tiba ada peluru menuju ke arah Lee Joon. Dari manakah datang?

Imbas balik apa yang berlaku sebelum kejadian menembak tadi.
Lee Joon nak tembak perempuan tu
Tiba-tiba datang ini orang
Maka tak jadi tembak
Menari lagi!
Lee Joon selamatkan perempuan tu dan bawak dia lari. Pakcik mengejar di belakang.
Lepas tu perempuan tu kena tembak dan Lee Joon bergaduh dan menembak pakcik itu sehingga mati. (Mati la kot)
Thunder sedang makan maggi
Tetibe Joon datang bawak perempuan ni
Lee Joon berlatih menembak
Thunder jaga perempuan tu
Dapat hadiah kiss pipi
Tetibe Lee Joon datang
bawak pompuan tu pergi cara paksa
Bergaduh pulak!
Ni sambung balik apa terjadi masa mula-mula mv tadi.
Peluru datang mencari mangsa
Aik? Tak kena??
Peluru patah balik pada Lee Joon???
Oh, kene tembak!
Panik!
Lee Joon keluarkan sesuatu(?) sebelum dia mati
Habis sudah. Cik sengal rasa ni kisah perebutan dua lelaki terhadap seorang awek yang akhirnya membawa kepada membunuh diri. Cik sengal rasa Lee Joon ni bunuh diri. Dia saja lencongkan itu peluru ke arah dia. Eh, boleh ke buat begitu??

It's War Lyrics


Joon Seungho Mir G.O Thunder All

sikkeureo deudgijocha sirheo nunmuri maleudolog bireo
kkeutkkaji galge dugobwa neon nal jal mo geondeuryeosseo
saranghaessdeon urinde geunyeoppunin nainde
wae neon wae neon nae yeojal geondeuryeo no way
tuktuk teolgo nan ireona, danghanmankeum neo dugobwa (no way)
arang gajgo, ujeong gajgo, jangnanchineun neo dugobwa (no way)
ni saenggagmanhaedo beolsseo nae momi tteolryeowa
neol yongseomoshae ijebuteo neon
jeonjaengiya (oh) geobjaengiya (oh)
neo dugo bwa bwa neo geunyeoga tto uljanha (oh)
geobjaengiya (oh) nae sarang geondeulin neo oh neo neo neo
jeonjaengiya
geunyeoga tteonadeon nal neon moreuncheog modu ijeula marhaesseo
mideossdeon niga chinguin niga
naege ireol su isseo neol jeojuhagesseo ije
geu deoleoun ib jebal damulrae, i pinunmul da dolryeojulge (ije)
ttogttoghi gwie saegyeo, neoreul jeoldae gaman andwo (ije)
eonjenga alge doelgeola saenggageun haessgessji
neol yongseomoshae ije buteo neon
jeonjaengiya (oh) geobjaengiya (oh)
neo dugo bwa bwa neo geunyeoga tto uljanha (oh)
geobjaengiya (oh) neo dugo bwa bwa neo geunyeoga tto uljanha
(Don’t you cry cry cry) neottaeme tto uljanha
(geunyeoga bye bye bye bye bye) modeunge kkeutijanha
(Don’t you cry cry cry) nae sarang geondeulin neo oh neo neo neo
jeonjaengiya
Goodbye…
jeonjaengiya (oh) geobjaengiya (oh) (Oh~)
neo dugo bwa bwa neo (bwa neo) geunyeoga tto uljanha (tto uljanha)
geobjaengiya (oh) (geobjaengiya) neo dugo bwa bwa neo geunyeoga tto uljanha
Oh woah~
(Don’t you cry cry cry) neottaeme tto uljanha
(geunyeoga bye bye bye bye bye) modeunge kkeutijanha
(Don’t you cry cry cry) nae sarang geondeulin neo oh neo neo neo
jeonjaengiya
—————————————————————
Source: MNet
Romanization: lembas-ppang @AbsoluteMBLAQ
Translation: @AbsoluteMBLAQ
Color-coding & modifications: http://shibbifang.wordpress.com
Please do not take out without full credits


It's War MV



Copy paste dari blog ciksengal