Saturday, October 13, 2012

Catch Me MV - TVXQ

Tahukah anda kes saman menyaman JYJ dan SM Ent belum selesai??

Ok JYJ tak dek kene mengena kat sini. I am now talking about TVXQ comeback.

Dah dengar lagu Catch Me?
Seperti biasa, setiap MV dari atist SM ni mesti duduk dalam kotak aje. Dance in a box, no storyline at all. Tak seperti artist dari YG, MV diorang best untuk dilayan. MV mereka memuaskan hati penonton dan peminat. As for this case, I was complaining like foooreeveeeeerrr. Super Junior, SNSD, F(x), SHINee semuanya mesti shooting MV dalam studio. Please SM give us moooooore!!!



The Song

Dear Yunho and Changmin, gadis mana kah yang dimaksudkan dalam lagu ini?? Just let go 'that' girl. You have sooooooo many loyal fans and will definitely wait for you!!!! *arrrghhhh..me! me! (sambil angkat tangan)*.

한번 단 한번도 끝까지 내게 맘을 연적 없어
You’ve never opened your heart to me, not even once
난 마치 벽을 보고 선 듯한 기분이야 그거 알았니?
I feel like I’m looking at a wall, you know that?

곁에 있지만 더 외로워질 뿐 Tonight Tonight Tonight
You’re next to me but I’m even lonelier tonight, tonight, tonight
널 기다렸지만 이건 좀 아니야 이젠 널 떠난다
I waited for you but this just isn’t it, so now I’m leaving you

Hey girl, neon jeongmal pabo saram!! *aku fan yang sedang mengamuk sorang-sorang*. Kasihan sama mamat dua orang ni macam mengahdapi unrequited love aje tahu?

가지마 한 마딜 못한다 이 바보가
This fool can’t even tell me not to go
내가 왜 이 바보만 봤을까? 참 못난 널
Why did I only look at this fool, at pitiful you?

Stress nak mengomel pasal lyric. Lagi-lagi bila berkaitan dengan unrequited love, kekecewaan. Dan yang menyanyikan itu adalah jejaka hensem. Memang tak boleh diterima akal.


The MV

No topless scene?? Wae?? Wae?? Grrrrrr.. Yunho have a very well toned body but why u don't wanna share it with your fans??? Come on show us even a glimpse *fan-girling mood overload*.

Okay about the MV, mari kasi tabik spring pada pakar grafik *tepuk tangan!!*. Lighting effect, slow motion effect semuanya perfect. Takde zoom effect yang melebih-lebih sampai menyakitkan kepala.




Taaaapiiiiiii, kenape asyik duk shooting dalam kotak studio aje?? Wae?? KYHD pun sama macam tu. nasib baik la kacak-kacak belaka mereka itu. Kalau tak kacak, memang nightmare menonton MV sebegitu.

Oh satu lagi bende yang aku suka MV ni, takde perempuan!! Weehoooo...


The Dance

Since TVXQ dance skill is beyond super great, I give an exception to this MV. Dengan adanya dua jejaka hensem, backup dancer yang power, choreography yang creative, mungkin tak perlu susah-susah shooting kat banyak-banyak tempat untuk buat storyline. Tarian yang memukau aje sudah cukup. Dengan costume mereka lagi yang seperti glow-in-the dark tu. Daebak!



Aku dah cukup kagum dengan tarian diorang. Have you ever try to stand up without bending your knees?? Part ni yang memukau mata aku. Even alien pun kene bengkokkan lutut untuk berdiri.


Choreographer for this dance is really creative. Setiap orang memainkan peranan penting, backup dancer pun penting. Lagi pun TVXQ ni dua ketul aje, menari dua ketul macam tu aje sangat lah tak menarik. Jadi, back up dancer la yang memeriahkan tarian. *mari tepuk tangan lagi. A big thankful bow to the backup dancers*


The Artist

I had enough of Cassies fighting among themselves pasal TVXQ duo and JYJ. Dah bertahun dah beb, just let it go. Terima je lah hakikat mereka dah tak sehaluan, walaupun jauh disudut hati kita harapkan mereka kembali seperti dulu.

You will still be wowed by their performance. Yunho boleh menyanyi dengan baik but not at high note part, he's good with base. But Changmin can do the high note part even in live performance, so ade keseimbangan di situ.

Yes, kekuatan vokal dah tak seperti dulu. It was perfect when they were together, but now, not anymore but they are still good and still among the best.


*MV screencaps credit to: TVXQ Canada*
- Gorgeous TVXQ and adorable Moon Geun Young in Running Man.. can't wait -

Wednesday, October 10, 2012

Priceless

Selamat datang musim luruh! Ucaplah "Hai!" untuk dedaunan berguguran sekalian~ Inilah padahnya terlampau membaca komik Hajime Kindaichi... So, apa cerita belog ini kian lama kian sunyi.... *insert bunyi angin meniup-niup* 

Aku masih belum bangkit dari demam Poor Woman, Rich Man wargh kenapakah Shun Oguri dan Ishihara Satomi sangat membuai perasaan ini owh amat berharap Shun bujang lagi so that boleh ngedate Satomi. 

Persetankan To The Beautiful You, Nice Guy/Innocent Man, Faith/The Great Doctor (barisan drama sudah didonlod tapi tengoknya idak!) juga God's Quiz sila ke tepi sebentar. Maaf oppa Ryu Deok Hwan, movie anda yang sudah sedia terdonlod itu juga sila ke tepi sebentar. Kita beri laluan kepada abang-terer-act, Kimura Takuyaaaaa mukyaaaaa~! 

 
Tajuknya, PRICELESS~Aru Wake Needaro, Namon!~ ditayangkan minggu depan yakni hari Senin 14 Octopus 2012 di negara matahari terbit jam 9 malam waktu mereka tatkala Malaysia menjejak kaki ke jam 8 malam.. Ok, ini kali ke-9 KimuTaku menampakkan diri ketika drama prime time. Bertemakan lagu The Rolling Stones - Jumpin' Jack Flash (asal drama Takuya ja macham wajib ja guna lagu english neh??) 

Dibulanbintangi bersama Nakai Kiichi sebagai bos beliau dan Karina sebagai kolig beliau juga dua orang budak lelaki ceritanya begini... 

Kindaichi Fumio (Kimura) sangat peramah orangnya lagi disukai ramai di tempat kerja tapi malangnya tidak berbau durian, beliau kurang digemari oleh pihak atasan dan telah dipecat atas kesalahan beliau sendiri juga kurang arif apa ke bendanya itu kesalahannya. Sekelip mata, beliau kehilangan segala-galanya. Duit sen pun tarak, rumah pun tarak juga harapan pun tarak. 


Walaupun beliau jatuh kemudian ditimpa tangga lagi, beliau terserempak dengan 2 orang budak laki-laki yang juga takdak sen macham beliau dan bersahabatlah mereka. Belajarlah beliau erti hidup di dunia tanpa uang bersama budak-budak itu namun beliau tetap melangkah ke hadapan juga tidak hilang sikap positifnya walaupun tinggal dalam serba kedaifan. 


Bukan itu saja, bossnya yang tidak boleh diharap (Nakai) dan akauntan biasa (Karina) seterusnya (mebi!) love interest beliau turut menerima kesan positif hasil pengaruh dari beliau. PRICELESS ialah sebuah dorama heartwarming comedy mengenai sorang lelaki yang sedaya-upaya bangkit semula setelah jatuh ke tahap yang paling rendah dalam hidupnya dan melihat kepada kegigihan atlit Olympic baru-baru neh, KimuTaku berkobar-kobar mahu menjadikan dorama ini sebagai dorama milik beliau dan crew sekalian. *Gemuruh jiwa...semangat membara...!* 

Rumorrrrrr! Rumorrrrr bak kata Adele, 

 
Ada desas-desus-desis-desos mengatakan KimuTaku merungut bila Karina dijadikan sebagai heroin beliau antara sebabnya Karina berwajah kecik (kejadah??) dan beliau prefer Ayase Haruka (korek balik dorama Mr Brain) tapi sebab Haruka banyak projek, beliau terpaksa tolak dorama ini (kurang arif betol ke tak) 

Ramai peminat abe Takuya tak leh terima abe dorang ni act jadi papa kedana sebab dah biasa tengok beliau hidup mewah lagipun watak-watak Takuya sebelum ni semuanya hebat-hebat belaka : Perdana Menteri, pendakwa raya, car racer, pianist, scientist, hair stylist... 

 Jika engkau tanya aku, 


Acting beliau memang superb so tak kan ada masalah dengan lakonan jadi miskin ka kaya ka bila segala-galanya bergantung pada jalan cerita, arahan lakonan dan skrip bagai...bila acting dah superb tapi jalan cerita hampeh pun tak leh jadi gak macham batuk*batuk* Moon Lovers/Tsuki no Koibito...

Monday, September 24, 2012

Reply 1997

Tahun ni ape pasal banyak sangat drama best??
Wae??

Dah tengok Reply 1997?
Drama ni is one of the best. Seroiusly tak tipu.
Lelebih lagi untuk para-para fangirl, you should watch this drama. Sedar sikit macamana annoyingnya fan-girl yang extreme. Hahaha


At first, I'm not interested in this drama. Tapi bila tau synopsis drama ini berkisar remaja perempuan yang amat menggilai HOT pada era tahun 1997, I give it a try. Aku kan juga seorang fangirl, mestilah mahu menyelami kisah hidup seorang fangirl. Hahaha.

Jung Eunji
Sung Shi Won (Jung Eunji) merupakan peminat tegar kumpulan HOT. Dia paling minat Tony Ahn. Tahap minat dia memang fanatik jauh mengalahkan aku. Sampaikan aku sendiri tengok pun rasa nak sepuk-sepuk watak Sung Shi Won ni. Dan pada masa yang sama gelak-gelak tengok perangai fan yang amat dahsyat.

Seo In Guk
Yoon Yoon Jae (Seo In Guk) kenal Shi Won dari kecik. Kira childhood friend lah diorang berdua ni. Dia dan abangnye jadi anak yatim lepas parents diorang meninggal. Sejak tu, parents Shi Won lah yang jaga diorang berdua. Jaga macam jaga anak sendiri. Yoon Jae ni seorang yang cool. Berkawan baik dengan Shi Won tapi selalu gaduh dengan Shi Won dan juga sentiasa tunaikan hasrat Shi Won. Lama-lama dia sedar yang dia jatuh cinta dengan kawan baik sendiri.

Hoya (Infinite)
Kang Jun Hee (Hoya) juga berkwan baik dengan Shi Won. Mungkin juga dalam ramai-ramai kawan Shi Won lagi rapat dengan Jun Hee. Dan Jun Hee ade satu rahsia besar yang Shi Won sahaja tau iaitu si Hoya yang hensem ni suka kat Yoon Jae. Omaigod.. Tepuk dada aku dengan watak Jun Hee ni. Tapi Jun Hee ni baik, beradab dan hensem. Mak Shi Won berangan untuk jadikan Jun Hee ni menantu dia.

Shin So Yool
Mo Yoo Jeong (Shin So Yool) ade crush kat Yoon Jae. Siap suruh Shi Won tolong jadi cupid. Tapi cinta dia beralih pada seorang pelajar baru dari Seoul pulak. Orang Busan ni diorang pandang tinggi pada orang-orang dari Seoul. Bersungguh dia cuba ngorat budak Seoul tu. Yoo Jeong juga seorang fan girl tapi rasanya tak se-extreme Shi Won. Asalnye dia juga peminat HOT tapi beralih arah jugak ke Sechs Kies.

Eun Ji Won
Do Hak Chan (Eun Ji Won) pelajar baru dari Seoul. Dia tak boleh tengok perempuan langsung. Dia akan rasa awkward walaupun dia ni pakar mengenai video-video dan majalah-majalah porn. Hahaha. Sangatlah tak senonoh. Ketika Yoo Jeong cuba nak rapat dengan dia, dia jadi malu-malu sebab mula bayang bende bukan-bukan hasil dari kerajinan beliau menonton video-video porn tersebut. Ergghhhh.

Lee Shi Un
Bang Sung Jae (Lee Shi Un) kawan yang sengal sama aje macam Hak Chan. Enjoy tengok bende-bende dewasa ni. Suka buat tindakan-tindakan yang agak la bodoh ea. Satu lagi watak yang rasa nak bagi flying kick.

Song Jong Ho
Yoon Tae Woong (Song Jong Ho) adalah abang pada Yoon Yoon Jae. Bekerja sebagai cikgu kat sekolah budak-budak ni. Tujuan dia jadi cikgu sebab nak jaga adik dia si Yoon Jae tu. Dia ni juga dulu boyfriend kepada mendiang kakak Shi Won. Dia seorang abang yang sangat baik dan sanggup buat apa saja untuk Yoon Jae. Dalam banyak-banyak watak lelaki yang ada dalam drama ni, watak Tae Woong je lah yang releven sikit untuk diterima masyarakat setempat. Yang lain semua, haram giler. Hahaha.

Watching this drama, i shed tears and laugh out aloud. Sangat berbaloi untuk ditonton. The whole story is about first love experience. Ada yang berjaya end up dengan first love, ade juga yang jumpa cinta lain.

Teknik penceritaan juga menarik. Drama bermula dengan berkumpulnya sekumpulan pelajar untuk reunion. Masa nilah start flashback tahun 1997 sampailah present time. Segala yang berlaku dalam hidup sekumpulan remaja itu disingkap satu persatu.  Rahsia juga turut dibongkar.

Interaksi antara Shi Won dan eomma appa dia rasa macam ridiculous. Mungkin untuk setengah parents pasti dah tenyeh-tenyeh dah kepala anak perempuan dia kalau perangai macam tu. Perhubungan dia bersama kawan-kawan juga agak unik, Shi Won ni berperwatakan ganas tetapi dia langsung tidak ade ciri-ciri tomboy. Mempunyai kawan-kawan lelaki yang tahan dengan perangai dia, dan juga kawan-kawan perempuan yang sama sengal perangai fangirl itu. Sape yang ade teenage life begini pasti berharap masa tidak akan berlalu.

Sepanjang drama ni, i can feel the chemistry between Yoon Jae and Shi Won. Scene mereka berdua comel-comel belaka walaupun penuh dengan gaduh bertengkar aje. Character Shi Won yang amat menggilai HOT membuatkan penonton rasa nak sepuk dia berpuluh-puluh kali but still, you'll find her adorable.

Jung Eunji ni memang rookie dalam bidang lakonan, but she has the talent in acting. Dalam drama ni dia tak kaku seperti rookie actor/actress yang lain. Sampai sekarang aku masih ade persepsi pada idol yang jadik pelakon. Aku tak berapa gemar sebab bukan semua orang dilahirkan mempunyai bakat dalam lakonan. Even actors/actresses sendiri perlu improve skill mereka. But I gave a round of applause to Jung Eunji. Yay!! She is exceptional, just like TOP. hehehe.

Reply 1997 is a must watch drama!
Watch it online with English subs: here.

Wednesday, September 05, 2012

Ghost

Oh aku semakin rajin pulak.

Bengang dengan Donghae cinta hatiku pergi belakon citer cintan-cintun Miss Panda and Hedgehog, aku melarikan diri mencari drama yang tidak langsung ber-genre-kan romance. Oh bengang.

Hasilnya, 유령 adalah penemuanku. Drama ini lebih dikenali dengan nama lain Ghost / Phantom.



Mereka yang dahagakan skinship dalam drama, janganlah tengok drama ni. Memang mati kehausan korang nanti. Takde sezarah pun loving-loving. Ade la sikit hint orang tu suka orang ni tapi takat suka-suka macam tu aje. Takde lebih dari itu. Skinship boleh dikira dengan jari, itu pun hanya sentuhan biasa. Tiada sentuhan atau pelukan nafsu. Tiada langsung. Sekali lagi aku ulang, TIADA. Heh.

Ghost adalah drama mengenai penyiasatan jenayah cyber. Kim Woo Hyun (So Ji Sub) ketua Cyber Investigation Squad. Yoo Kang Mi (Lee Yeon Hee) dan Lee Tae Gyun (G.O Mblaq) adalah ahli squad penyiasatan tersebut. Jangan memain wo jenayah cyber ni. Drama ni mengajar aku banyak perkara pasal alam cyber. Segala istilah computer dia sebut ea.

Drama bermula dengan kematian seorang model actress bernama Shin Hyo Jung. Mati jatuh dari apartment mahal dia tingkat 11. Pada mulanya ingat mati bunuh diri, rupanya mati kene bunuh. Disinilah bermula segala-galanya. Pertemuan kembali dua sahabat karib iaitu seorang Hacker, Park Ki Young yang bergelar Hades (Daniel Choi) dan ketua squad penyiasatan jenayah cyber.

Ade satu part yang tak logic dalam drama ni tapi bila pikir logic juga. *jangan teruskan pembacaan jika tak mahu spoiler*. Akan ada satu scene Park Ki Young dan Kim Woo Hyun berjumpa di sebuah kilang lama. Masing-masing mahukan kebenaran. Tanpa diketahui, seorang lelaki diarahkan untuk letupkan tempat tersebut. Nak kasi Park Ki Young dan Kim Woo Hyun mati. Akibat letupan tersebut, Kim Woo Hyun jadi mangsa tapi Park Ki Young terselamat. Walaupun terselamat tapi dia cedera parah. Habis muka hancur dan melecur sana sini. Disebabkan dia memegang tag nama Kim Woo Hyun, orang menyangkakan dia adalah Kim Woo Hyun. Disebabkan muka dia hancur, doktor restructure balik muka dan gigi dia mengikut record Kim Woo Hyun. Hasilnya, sethaun kemudian, Park Ki Young sehat sepenuhnya dan hidup menggunakan wajah dan identiti Kim Woo Hyun.


Logic atau tak? Logic kot memandangkan Korea is the best place for plastic surgery. kan?

So Ji Sub

Sepanjang cerita ni So Ji Sub sentiasa berkerut. Muka cool tapi macam takde perasaan. Pandai betul dia kawal mimik muka. The first two episode dia kne lakonkan watak Woo Hyun. Lepas Woo Hyun mati kene bawak character Park Ki Young pulak. Dedua watak yang dibawa memang berkesan.

Lee Yeon Hee

Watak Lee Yeon Hee pulak mula-mula ingatkan watak ni lemah dan tak berape nak memberi manfaat. Salunye kan perempuan cantik jadi heroin kan macam hampeh sikit. Tapi watak Yoo Kang Mi ni memang akan disukai. Dia lah yang discover penukaran identiti Park Ki Young/Kim Woo Hyun, selamatkan Ki Young dari dibunuh, berjuang bersama Ki Young mencari penjenayah sebenar.

Uhm Ki Joong

Watak dalam drama ni semua pandai-pandai belaka. Paling pandai adalah si jahat yang maha jahat, Jo Hyun Min (Uhm Ki Joon). Dia sentiasa setapak dihadapan. Hero dengan heroin belum sempat nak kentut, si jahat dah kentut dulu. Stress tengok orang jahat macam ni. Drama ni jugak banyak twist, expect the unexpected. Orang yang tak disangka-sangka jahat, rupanya sekutu Jo Hyun Min.

Seperti yang aku cakap, ini bukan drama loving-loving jadi jangan harap ade kiss scene. Nak kiss apenye kalau pegang-pegang pun takde kan... Kim Eun Hee screenwriter untuk drama ni memang suka buat cerita begini. Tak perlu develop plot cinta. Atau mungkin kah kerjaya detective jenayah cyber ni amat hectic sampai nak bercinta pun tak sempat? Na meolla!

Out of scale of 10, I gave this 9.5. Serius weh walaupun takde cintan cintun dalam drama ni, drama ni best. Heart thumping. Dugeun-dugeun setiap episode. Fast paced, tak meleret-leret. Padat dan setiap episode penting. Sangat berbaloi untuk ditonton. Percaya atau tidak, aku ulang drama ni dua kali dah. hahahaha

Tuesday, August 28, 2012

The Moon Embracing the Sun

It's been a while guys!

Rindu nak bercoleteh perihal dunia Kdrama. Muehehehe.

Anyone loves sageuk drama?? *Aku! Aku! Siap angkat tangan kaki lagi ni*

Nak melayan sageuk drama ni, kene ade kesabaran. Sebab most sageuk drama semuanya slow okeh. Serius slow. Mengantuk kalau tengok. Tersengguk-sengguk dan aku selalunya end up tidur depan screen. Tapi 'Moon Embracing the Sun' tidak begitu. Memang ade part slow bosan tapi sepanjang 20 episode aku marathon, aku takde mengalami situasi tersengguk-sengguk. Meleleh air mata adelah. Banyak part touching drama ni.


Seperti drama lain, watak utama 4 orang. (typical kdrama). 2 hero dan 2 heroin. Lee Hwon (Kim Soo Hyun) is the King. Yeon Woo/Wol (Han Ga In) the daughter of a noble family and Hwon's first love. Yang Myung (Jung Il Woo) the King's half brother. Bo Kyung (Kim Minseo) the selfish girl.

Nak synopsis? So 20 episode, I make it short.

Yeon Woo seorang gadis umur 13 tahun dipilih untuk menjadi Crown Princess. As if kene kawen paksa dengan Crown Prince Hwon tapi tak kene paksa pun sebab mereka berdua suka sama suka. Tapi Queen Dowager, nenek si Crown Prince Hwon ni ade plot jahat. Secara senyap-senyap dia suruh sorang bomoh ni bunuh Yeon Woo pakai ilmu hitam. Tapi bomoh ni tak bunuh pun, dia pura-pura bagi Yeon Woo mati dan bawak lari Yeon Woo jauh-jauh. Akibatnya, Yeon Woo hilang ingatan, semua orang ingat dia mati, dan Crown Prince Hwon akhirnya kawen dengan Bo Kyung atas rancangan Queen Dowager.
Lapan tahun kemudian, Yeon Woo datang balik tapi sebagai Wol, seorang gadis yang ade ilmu magic kononnya. Tapi takde ilmu magic ape pun. Masa ni Hwon dah jadi King of Joseon, tapi sekeliling dia ramai orang jahat. Bermulalah kisah Yeon Woo menemui identiti dia kembali, berhadapan dengan nasib dia yang sudah ditentukan sejak azali, dan menentang mereka-mereka yang jahat ni untuk claim hak dia sebagai Queen of Joseon yang telah dirampas suatu ketika dulu. 

Citer Sageuk ni awal-awal drama mesti kisah masa mereka kanak-kanak. So the first six episode adalah kisah mereka masa kanak-kanak. Pelakon pun kanak-kanak lah jugak. Mungkin aku ni kalau tengok drama memang menghayati or maybe too carried away. I can feel the chemistry between young Hwon (Yeo Jin Goo) and young Yeon Woo (Kim Yoo Jung). Enam episode yang tak dibazirkan, how they met, how they develop their feelings, and how they are seperated by that evil Queen Dowager. Kim Yoo Jung is one promising actress. For a child actress, she play her character very well. Time dia dipisahkan dengan Hwon, sangat sedih okeh. Dan paling sedih, time dia terbaring lesu dah nyawa-nyawa ikan depan ayah dia. Menusuk kalbu kesedihan itu.

Start episode 7 sampai habis, semua watak kanak-kanak dah jadi besar. Mungkin keserasian antara Kim Soo Hyun dan Han Ga In tak berape nak kuat, jadi feeling tu tak berape nak sampai. Mungkin perasaan aku je kot or I'm too attached to the younger period. Aku sangat suka watak King Hwon, salah satu sebab mestilah kerana Kim Soo Hyun yang berlakon, tapi sebab utama, watak Hwon ni strong. Dia bukan King yang lembik, bodoh dan senang dipergunakan. Dia tau siapa yang jahat disekeliling dia dan walaupun dia terpaksa beristerikan Bo Kyung, dia tak pernah lupakan Yeon Woo. Dan dia tau Bo Kyung dalam kelompok jahat, so he treat Bo Kyung fairly. Buat jahat dibalas jahat, barulah fair kan? Queen Dowager ade agenda jahat dia sendiri, Hwon juga ade agenda sendiri untuk counter attack. Dia bukan raja lembik seperti bapa dia.

And for Prince Yang Myung, ni satu watak kasihan. His one-sided love for Yeon Woo sedih betul. And being treated unfairly by his own father, lagi kasihan. Ada sebab kenape King Seongjo tu sentiasa tak pedulikan Yang Myung dan sentiasa lebihkan Hwon. Semuanya demi protect anak-anak dia jugak. Tapi cuma King Seongjo agak la lembik dan senang dipergunakan. Yang Myung is one good character, he value his brother the most. Dia boleh pilih untuk menentang Hwon demi merampas takhta, kat istana tu belambak sekutu jahat. Tapi dia pilih untuk stay by Hwon's side till the end. Kenape watak second hero salu kasihan? *sigh*

Plot dan storyline drama ni sangat menarik. Pelakon pun membawakan watak dengan baik tapi drama ni ade banyak kecacatan yang tersembunyi. Aku ni terlampau observant sangat kot sampai pasu susun lain arah pun aku perasan. hahahaha.

Out of 10 scale, I'll give 8.5. Berbaloi kah untuk ditonton? Ya, amat berbaloi. Untuk ditonton berulang kali? Ermmm, I don't think so. Sageuk drama beb, kalau aku tengok sekali sudah la. But if you are a fan of oh-so-georgeous Kim Soo Hyun and oh-so-charming Jung Il Woo, it is understandable to re-watch this drama. Hihihi.

Sunday, July 29, 2012

RICH MAN, POOR WOMAN

Bila Mark Zuckerberg bertemu Cinderella moden, apakah yang terjadi? Mungkinkah Mark menjadi tikus lalu menggeget labu? Mungkinkah Cinderella tertinggal selepar jepunnya buat kali kedua?


 Tak tau chamna boleh terserempak dengan jdorama ini tapi sesungguhnya, layan!


Toru Hyuga (Shun Oguri) jejaka umo 29 adalah sorang yang filthy rich. Memulakan sebuah IT company bersama rakan beliau, Kosuke Asahina (Arata), drop dari high school (spesies genius memang harus tak pandai sekolah =_='') then wujudkan sebuah software company yang bergaya - NEXT INNOVATION.


Company itu menjadi company teknologi super berjaya dan semua programmer muda-muda mo kerja di situ. Tapi, Toru ada penyakit pelik yakni beliau tak boleh ingat muka orang sekali dengan namanya. That's why pekerja dia kena introduce diri banyak kali setiap kali terserempak dengan presiden company ini. Setiap hari, setiap tika dan saat, Toru akan mencari sang ibu yang sudah lama meninggalkan dirinya.


Haruka, pelajar tahun akhir Universiti Tokyo sedang giat mencari kerja (urgh, masa final year korang buat apa huh, students Malaysia sekalian?! *mode terasa*). Sudah menghadiri lebih 30 interbiu, dia masih juga belom dapat kerja sehinggalah keyakinan dirinya jatuh mendadak *insert bunyik kaca jatuh ke batu*.

Tidak disangka, Haruka terserempak sama sebuah magazine yang menayangkan muka Hyuga Toru sebagai cover depan. Terus dia balik apart dan buat research pasal NEXT INNOVATION.


Haruka pun pergilah ke sebuah majlis presentation khas untuk new recruits for NEXT INNOVATION dan berjalanlah Presiden Hyuga Toru di atas platform sambil memberi sedikit kata-kata bongkak di hadapan para hadirin yang mungkin akan berjaya memasuki company beliau. Di situ, Toru mula mempermalukan Haruka.

Walaupun takot, Haruka mula berdiri dan melawan balik kata-kata hinaan dari Toru (berani sungguh!) dan Toru pun menanyakan nama beliau.

"Sawaki Chihiro-desu."

Mendengar nama itu, Toru *tanjat boboi* dan mula confused....

****

Kata-kata bangkangan @ bantahan :

Hah?! Ishihara Satomi? Word 'bibir' terus terpancar terang dalam otak sebab itu memang 'main figure' milik Ishihara dalam kotak pikiran aku. lol Ok kah, ngam kah beliau acting sama Shun??

Shun Oguri jejaka kaya? Chukup kachak kah beliau (sebab dalam drama jejaka kaya haruslah kachak)? Oh, rewind balik Hana Yori Dango...berambut kuning sambil bermain violin then meratah apple..hurmm masih ada bakat jadi jejaka kaya yang kachak. Tapi, sudah biasa melihat Shun sebagai seorang yang berperwatakan ganjil, bagaimana harusku imagine beliau jadi kaya??

Saki Aibu? Owh, gf Tomoya Nagase merangkap gadis kegemaran Naito (refer to Zettai Kareshi).

Kata-kata *wow!* :

Bersyukur banyak-banyak sebab Aibu Saki bukan leading heroin. Tak tau kenapa sebab macham tak seswai untuk imej gadis 'miskin'.


Oh, Toru Hyuga....kenapa saya tiba-tiba rasa kamu super kachak padahal dulu saya suka cakap kamu macam rupa monyet..?? *blushing* (kamu : mungkin sebab dia kaya so kamu rasa dia kachak kah, step?!)

Ishihara Satomi bikin saya terharu sebab acting desperate mo cari kerja yang sangatlah menjadik desperate-nya. tsk tsk *golong tisu*


***


Si keparat, adek Seungri cuba untuk pose bergaya seperti Toru tapi malang, abe TOP lagi bergaya daripada kamu! =P

Sunday, May 20, 2012

Venus MV - SHINHWA

(I am a lazy writer, right? Muehehehehe..)

Bila difikirkan semula, the 1st idol yang aku minat is from SHINHWA. Masa tu tahun 2006. Whoa, 6 tahun yang lalu nampaknye. Yes, tak tipu ni. Aku dulu minat JunJin from Shinhwa.

Tetapi....

Tetapi hanya sebagai seorang pelakon. Not as an idol. Aku tau dia ni member group SHINHWA tapi masa dulu aku tak hamik peduli pasal k-pop ni. Hanya melayan drama Korea aje. Tapi sekarang berbeza yer. Dedua aku layan. Hehehe.

So mari start Review (dah lama tak buat keje ni..)

The long-awaited comeback from SHINHWA (but honestly I'm not that excited), as the longest running idol group (DBSK and SuJu totally out of the picture), originally from SM Entertainment (no wonder their dance skill is Daebak).

They present you....

VENUS


Terima kasih cik Sengal tolong embed kan MV ni. hehehe
 
The Music Video

Aku bukan seorang yang artristic maka Music Video yang rumit jalan ceritanya, jangan harap aku nak faham. In SHINHWA's Venus MV, takde storyline yang complicated dan takde lah duduk menari dalam kotak aje (macam MV SuJu asyik menari dalam studio aje..SM dekut).

Mula-mula tunjuk ade perempuan matsaleh (tak leh blah tu pakai matsaleh), lawa but a bit skinny, lari macam kene kejar. And then tunjuk enam jejaka kacak ini seorang demi seorang macam mengejar sesuatu. Then menari sikit-sikit, then tunjuk balik scene kejar sana sini. Siap ade anjing pulak yang kejar, eh serigala, eh entahla, tak sure binatang ape.

Menonton MV rasa macam patah balik ke masa dulu, sebab setting MV ni more to Black and White. Takde warna-warni ye. If you are looking for a rainbow in it, sampai mati pun takkan jumpa.

So overall, MV ini best sebab ade enam jejaka kacak. Kacak yang amat okeh! Tak kesah lah black and white ke, warna warni ke, storyline pening ke, but as long as the main character adalah jejaka kacak, maka the MV will be great. HAHAHAHAHA


The Dance

Tabik spring aku berikan pada enam jejaka ni sebab dapat menari dengan hebat walaupun umur dah tua. Menari cantik tak berterabur, it's like flawless, sangat jauh berbeza dengan skill tarian group Max 24/7. (I'm not insluting anyone, this is a fact) HAHAHAHA. Walaupun umur dah masuk golongan ahjussi, tarian mereka still daebak. Oh kagum.

Sila tonton MV pada minit 1:00. Muncul wanita-wanita dan bermulalah part seolah-olah meraba-raba tapi bukan meraba ape pun, but it is still inappropriate for under age. But I personally think this MV is far more decent than Jay Park's Know Your Name MV. Tapi aku sebagai perempuan ade rasa macam dengki sikit tengok backup dancers yang perempuan tu dapat menari raba-raba. Diorang ambik kesempatan. Not fair!. HUH.


The Song

Written by Lee Min Woo, member SHINHWA sendiri. Katanya dapat idea lirik lagu ni masa tengah membuat urusan dalam toilet. HAHAHAHA. Tapi betul ape, dalam toilet senang dapat idea. Kan?

Okay kat sini aku ade pendapat yang sangat berbeza dari Simon and Martina. (kalau korang rajin tengok KpopMusicMonday korang tau diorang ni sape). Mereka, and a few people jadikan tajuk lagu ini sebagai isu. Katanya tak sesuai diberi tajuk VENUS sebab orang Korea tak reti sebut 'V'. They say, Korean people pronoune 'V' as 'P'. Maka instead sebut Venus, sebutan bertukar menjadi Penus yang bunyiknya seakan-akan P***S. Erm paham tak?

Aku sangat tidak setuju dengan isu ini. Sebab I took short Korean lesson, dan ape yang aku belajar, Korean pronounce 'V' seakan-akan huruf 'B'. Bukan 'P'. Dan aku dengar lagu Venus ni berulang kali, hasilnya takde pun perkataan lucah sampai ke telinga aku. And I don't think they are having problem sebut Venus dengan sebutan yang betul. Eric, Andy and Hye Sung, they grew up in US kalau tak silap aku. So, takkan diorang tak reti sebut Venus kan?

Nak lyric? Tanyalah pak cik google or maybe I'll make another post khas untuk lyric.


The Members

I notice something kat artis Korea ni. Diorang lepas keluar tentera menjadi sepuluh kali ganda lebih Macho.

JunJin memang dari dulu aku rasa kacak. Eric pun kacak jua dulu tapi aku rasa muka dia pelik jadi tak terpikat. Tapi sekarang OMG, lagi-lagi bila dia belakon Spy Myeong Wol last year, ape ke kacak dah dia skang??

DongWan walaupun ade kedut-kedut wrinkle kat mata, nampak lebih matang sekarang. Andy pulak semakin comel. Hye Sung tu kulit dia tak pernah mengenal erti kedutan kah? Minwoo pada aku dulu selekeh tapi sekarang macho. Tak paham aku diorang ni.

How come menjadi semakin tua jadi semakin kacak?? Adakah Donghae nanti keluar army menjadi lebih kacak?(ape kes aku cakap pasal Donghae pulak ni?) 



(btw, takde screencap, aku malas nak buat. MUEHEHEHEHE)

A Gentleman's Dignity

Kembali ke djaman bila aku mula gatal-gatal p stalk pakcit neh adalah bermula lepas aku nengok drama Our Attitude to Prepare Parting atau tajuk pendeknya, Rules of Love. Dalam drama toh, pakcit bukanlah first hero tapi semakin ke hujung drama, sebab fans beliau mengganas, pakcit ended up jadi first hero kepada watak Choi Kang Hee (Protect The Boss's No Eun Seol).

Kenapa aku jua suka sama pakcit? Sebab matanya umpama bebola golf kaca itew. Sangat memukau saya!(saya obses matakah?) Kendian, aku p cari drama-drama beliau yang lain tapi paling sangkut pada drama Hyena masa tu payah gila nak cari kat mana-mana streaming sites sebab siar kat cable tv ja so terpaksa (ter! ter! Tak sengaja weh!) cari pirated DVD.

Kendian, semakin mengganas rasa suka kat pakcit jadi pak lawak dalam Athena: Goddes of War tapi tak tengok sangat pun sebab takdak abe TOP. erkh. Saya tahu pakcit sangat berkarisma semua watak boleh bawa. Jahat dalam A Man Called God juga keji, bangang dalam Hyena juga cumel. FYI, kalau tak sebab makhluk The Face Shop bernama Bae Yong Jun dulu, pakcit lama dah jadi hero Winter Sonata tapi dia tolak sebab Choi Ji Woo tak cukup cantek ada komitmen sama director lain merangkap rakan karib.

Dan saya tertunggu-tunggu bila la agaknya pakcit bakal kembali beraksi, akhirnya, ketepikan sebentar abe Lee Jong Hyun (CN Blue), here comes A Gentleman's Dignity.


Setelah 12 tahun dengan drama terakhir beliau, All About Eve, pakcit Jang Dong Gun kembali ke layar gangsa sebab dah lama sangat sangkut kat layar perak.


Aha..heroin beliau adalah Kim Ha Neul yang telah menggantikan tempat Lee Na Young pada asalnya dan ekceli aku tak berapa nak gemar cik Kim Ha Neul neh.


Nengok tak kamu pakcit kegemaran saya melingkarkan tangannya pada pakcit Jang Dong Gun dan tangan sebelah lagi meraba paha pakcit Lee Jong Hyuk? Ini bukan gay tapi bromance, ye tuan-tuan dan puan-puan XD.

F4 versi 40an neh berkawan baik dan sepanjang drama para penonton bakal dihidangkan dengan kehidupan F4 pertengahan 30an dan awal 40an dalam karier, romance, kejayaan, kegagalan menikmati chenta, potpetpotpet dan pakcit Jang Dong Gun sebagai arkitek merangkap manager syarikat kontraktor (haruslah yang kaya-kaya sajo watak utama neh) bernama Kim Do-jin (asal kaya ja mesti nama ada Do Jin Do Jin neh, serius tak tau kenapa!)


Kim Ha Neul pula seorang cikgu etika (errr errr? Cikgu Pendidikan Moral la lebih kurang) bernama Seo Yi-soo.

Kim Soo Roo sebagai Im Tae-san X Yoon Se Ah sebagai Hong Se-ra.


Kim Jung Nan sebagai Kim Min-sook X Lee Jong Hyuk sebagai Lee Jung-rok.

Kim Min Jong sebagai Choi Yoon X Yoon Jin Yi sebagai Im Meari.
Pakcit neh asal posing ja mesti bantai pose sentuh-sentuh bibir tak pun hidong..aww

Forever alone, Lee Jong Hyun sebagai Colin
Lu maen gitar tak dalam drama ni nanti??? XD


Drama neh start tayang 26 May 2012, SBS, semua sekali 20 episod.
Tak sabar dah ni nak terkinja-kinja tak tentu pasal!

Writer drama ni ialah Kim Eun Sook yang tulis drama Lovers in Paris, Lovers in Prague, Lovers, The City Hall, movie A Millionaire First Love, On Air, Fly High dan Secret Garden.

PS : Rooftop Prince dah nak habis so kena cari drama baru untuk dilayan setiap minggu.

Saturday, May 05, 2012

My Neighbour Totoro ( the Dark Theory)

Sapa kat sini yang tak pernah tengok My Neighbour Totoro? Jeep rasa mesti ramai yang pernah tengok kan citer neh. Citer neh amat la pemes. Jeep memang layan kebanyakan anime dari Ghibli Studio. Semuanya best best. Tetapi (sila bayangkan  muzik background yang saspen apabila hantu nak muncul) , cerita kanak kanak riang neh ada rahsia di sebaliknya. Apakah rahsia itu? Mari baca reviu pendek ini. Sebelum tu meh belek trailer citer neh. Mengimbau balik kenangan lalu.

Introduction
My neighbor Totoro ini merupakan filem animasi fantasi yang diarahkan oleh encit Hayao mizaki di bawah junjungan mulia Studio Ghibli. Filem ini dibuat tahun 1988 woh.(Jeep pum tak lahir lagi) Dan telah mendapat Best Film pada tahun 1988 itu jua pada Mainichi Film Award.
encit Hayao Mizaki yang comel


Synopsis
Kisahnya bermula bila Satsuki dan Mei pindah ke tempat baru. macam kawasan hulu sikit. Sebab nak dekat dengan mak dia yang berada kat sepital. Tak sebot pulak kat sini mak dia saket apa. Pastu memacam la berlaku. Mei tu hilang. Satsuki tu cari dia. pastu jumpa Totoro. Main ngan Totoro. Puja pokok bagai. (Jeep malas nak citer panjang, sbb citer pum fantasi kan. merapu la)
Neh satsuki
dan ini Mei
Sayama Incident
Sebelum Jeep cerita detail mengenai rahsia tu, meh Jeep citer dulu pasai satu kisah pembunuhan yang pemes kat Jepum neh, Sayama incident. Kenapa Jeep nak merapu pasai ni? Sebab kisah ni ada kaetan dengan ini anime.

Pada 1 May 1963, Yoshie Nakata hilang masa nak balik umah dari sekolah dia kawasan Sayama, Saitama prefecture. Dia kena culik dan penculik mintak wang tebusan. Kakak Yoshie Nakata neh la yang nak kena hantar duit tu dengan dikelilingi polis bagai. (Polis sorok sorok la kan) tapi penculik tu suspicious dan sempat lari sebelum polis berjaya tangkap.

Dan May 4, mayat Yoshie Nakata dijumpai. Dipercayai dirogol kemudian dibunuh. Kakak dia yang jumpa mayat tu jadek trauma. Dan bila ditanya apa yang dia nampak, dia jawab "I met a large tanuki (looks like a racoon" dan "I saw a cat monster".(Macam familiar kan) Dan lepas tu akak dia bunuh diri. Mungkin sebab terlalu trauma.

Maka, di sini Jeep akan terangkan kaetan kes ni dengan ini movie. Pertama, movie ini pum tempat dia kat Saitama. Dia tak cakap la dairek. Tapi tulisan kat belakang tu 狭山茶 sayamacha or Sayama tea.
 
Pastu hospital tempat mak dorang duduk nama dia 七国病院 shichikoku byouin. Dan kat Sayama sendiri ada sepital nama  八国病院 hachikoku byouin. Nama macam lebeh kurang. tapi tak sama. sepital neh kononya menempatkan pesakit yang tenat.

Bas kucing yang dorang naek neh, tulisan masa ni tulis 墓道, tulisan kanji pertama tu maksud dia kubur , yang kedua maksud jalan. (Jeep tanya kat abang pasai tulisan ni, dia cakap betul mmg maksud kubur dan jalan)

Dan watak budak ni kan nama Mei. Sayama incident neh berlaku masa Mei jua kan. Satsuki neh pum kalau tak silap cara lain sebut Mei bg bahasa Jepum

Masa pertengahan cerita kan, Mei hilang. pastu Satsuki ni carik. Sebenarnya masa tu Mei dah mati. Satsuki yang duk cari dia pum mati lepas tu. Sebab mati memang tak terangkan. Apa bukti Jeep cakap watak watak neh dah mati? Jeep akan terangkan kat part seterusnya. 

Sebenarnya jalan cerita neh tak continuous. Maksudnya, sekejap tunjuk past, sekejap tunjuk present. Sebab tu kengkadang dorang leh borak mesra dengan abah dorang. Then leh cakap dengan Totoro.(Masa dengan Totoro neh maksudnya dah mati la)

The Dark Theory
Teori dia memang bersepah sepah. Tak tersusun. Jeep pum pening nak start dengan yang mana dulu.

1)Totoro neh kononya digambarkan sebagai shinigami aka dewa maut. Sesapa yang boleh tengok dia, kononya menghampiri ke arah kematian. Ingat tak, Mei yang nampak dia dulu? Satsuki tak boleh nampak. Tapi lepas tu baru Satsuki boleh nampak.
Totoro yang comel
totoro yang tak comel
2)Orang lain tak boleh nampak menatang2 pelek neh dan susuwatari. Kononya bebudak jek yang boleh tengok. Tapi Kanta, budak laki kawan dorang tu takleh tgk. Mengukuhkan pendapat orang yang near death je boleh tengok menda menda ni.
Sususwatari: menatang macam fuzzy ball

3)tarikh kat kalender hospital mak dia. Taim memula visit tunjuk bulan 9. Apa maksud? Erk Jeep pum tak paham. hahahahah
masa memula bulan 9
masa kemudian bulan 8
4)Kononnya, lepas part mei hilang, bebudak neh dah takdak shadow. Jeep tengok balik citer neh. Ada je shadow cuma kaler karekter semakin pudar.

5) Masa Mei hilang, Nenek tu jumpa sandal yg memang sejibik sejabak macam Mei punya, tapi Satsuki tak ngaku. Masa ni la Mei sebenarnya dah mati. Tapi Satsuki in denial.

6) Ada kan scene Mei tengah bersedeh kat tepi patung macam buddha ke toh. Tu sebenarnya patung 地蔵 jizou Jizo. Patung tu kononya guardian of children and patron deity of deceased children and aborted fetuses in Japanese culture.(Jeep kopi paste kat wiki je malas translate)

7) Masa endingnye kan, Satsuki dan Mei pergi sepital mak dia. tapi dorang tak jumpa mak dia. Dorang duk tengok je kat ats pokok tu? Kenapa dorang tak masuk jumpa?Dah susah payah datang kenapa tak masuk je kan?Dah dorang dah mati mane leh jumpa org idup.

8) Banyak lagi teori yang ada. Tapi Jeep tak tulis semua la. Untuk keadaan lebeh saspen dan masyuk. korang boleh tengok video ni.

Conclusion
Ghibli studio memang menafikan la teori neh. Dia cakap memang takdak kaetan dengan pembunuhan ke hape ke.Tapi bagi Jeep, elemen ni menambahkan lagi kesaspenan dan ketaksangkaan Jeep. Memula Jeep layan cerita neh memang tak sedaq habaq pum. Early this year, baru Jeep tau pasai rahsia ini. Betul ke idak tu wallalhualam. Eceh

Oh dengar kata citer Sprited away pum ada rahsia tersembunyi jua. hmmm bagaimana dengan citer lain. Korang tau?
Jeep tatau..teehee

Sumber gambar: Gugel imej

Sumber maklumat: wiki dan sini