Tuesday, August 28, 2012

The Moon Embracing the Sun

It's been a while guys!

Rindu nak bercoleteh perihal dunia Kdrama. Muehehehe.

Anyone loves sageuk drama?? *Aku! Aku! Siap angkat tangan kaki lagi ni*

Nak melayan sageuk drama ni, kene ade kesabaran. Sebab most sageuk drama semuanya slow okeh. Serius slow. Mengantuk kalau tengok. Tersengguk-sengguk dan aku selalunya end up tidur depan screen. Tapi 'Moon Embracing the Sun' tidak begitu. Memang ade part slow bosan tapi sepanjang 20 episode aku marathon, aku takde mengalami situasi tersengguk-sengguk. Meleleh air mata adelah. Banyak part touching drama ni.


Seperti drama lain, watak utama 4 orang. (typical kdrama). 2 hero dan 2 heroin. Lee Hwon (Kim Soo Hyun) is the King. Yeon Woo/Wol (Han Ga In) the daughter of a noble family and Hwon's first love. Yang Myung (Jung Il Woo) the King's half brother. Bo Kyung (Kim Minseo) the selfish girl.

Nak synopsis? So 20 episode, I make it short.

Yeon Woo seorang gadis umur 13 tahun dipilih untuk menjadi Crown Princess. As if kene kawen paksa dengan Crown Prince Hwon tapi tak kene paksa pun sebab mereka berdua suka sama suka. Tapi Queen Dowager, nenek si Crown Prince Hwon ni ade plot jahat. Secara senyap-senyap dia suruh sorang bomoh ni bunuh Yeon Woo pakai ilmu hitam. Tapi bomoh ni tak bunuh pun, dia pura-pura bagi Yeon Woo mati dan bawak lari Yeon Woo jauh-jauh. Akibatnya, Yeon Woo hilang ingatan, semua orang ingat dia mati, dan Crown Prince Hwon akhirnya kawen dengan Bo Kyung atas rancangan Queen Dowager.
Lapan tahun kemudian, Yeon Woo datang balik tapi sebagai Wol, seorang gadis yang ade ilmu magic kononnya. Tapi takde ilmu magic ape pun. Masa ni Hwon dah jadi King of Joseon, tapi sekeliling dia ramai orang jahat. Bermulalah kisah Yeon Woo menemui identiti dia kembali, berhadapan dengan nasib dia yang sudah ditentukan sejak azali, dan menentang mereka-mereka yang jahat ni untuk claim hak dia sebagai Queen of Joseon yang telah dirampas suatu ketika dulu. 

Citer Sageuk ni awal-awal drama mesti kisah masa mereka kanak-kanak. So the first six episode adalah kisah mereka masa kanak-kanak. Pelakon pun kanak-kanak lah jugak. Mungkin aku ni kalau tengok drama memang menghayati or maybe too carried away. I can feel the chemistry between young Hwon (Yeo Jin Goo) and young Yeon Woo (Kim Yoo Jung). Enam episode yang tak dibazirkan, how they met, how they develop their feelings, and how they are seperated by that evil Queen Dowager. Kim Yoo Jung is one promising actress. For a child actress, she play her character very well. Time dia dipisahkan dengan Hwon, sangat sedih okeh. Dan paling sedih, time dia terbaring lesu dah nyawa-nyawa ikan depan ayah dia. Menusuk kalbu kesedihan itu.

Start episode 7 sampai habis, semua watak kanak-kanak dah jadi besar. Mungkin keserasian antara Kim Soo Hyun dan Han Ga In tak berape nak kuat, jadi feeling tu tak berape nak sampai. Mungkin perasaan aku je kot or I'm too attached to the younger period. Aku sangat suka watak King Hwon, salah satu sebab mestilah kerana Kim Soo Hyun yang berlakon, tapi sebab utama, watak Hwon ni strong. Dia bukan King yang lembik, bodoh dan senang dipergunakan. Dia tau siapa yang jahat disekeliling dia dan walaupun dia terpaksa beristerikan Bo Kyung, dia tak pernah lupakan Yeon Woo. Dan dia tau Bo Kyung dalam kelompok jahat, so he treat Bo Kyung fairly. Buat jahat dibalas jahat, barulah fair kan? Queen Dowager ade agenda jahat dia sendiri, Hwon juga ade agenda sendiri untuk counter attack. Dia bukan raja lembik seperti bapa dia.

And for Prince Yang Myung, ni satu watak kasihan. His one-sided love for Yeon Woo sedih betul. And being treated unfairly by his own father, lagi kasihan. Ada sebab kenape King Seongjo tu sentiasa tak pedulikan Yang Myung dan sentiasa lebihkan Hwon. Semuanya demi protect anak-anak dia jugak. Tapi cuma King Seongjo agak la lembik dan senang dipergunakan. Yang Myung is one good character, he value his brother the most. Dia boleh pilih untuk menentang Hwon demi merampas takhta, kat istana tu belambak sekutu jahat. Tapi dia pilih untuk stay by Hwon's side till the end. Kenape watak second hero salu kasihan? *sigh*

Plot dan storyline drama ni sangat menarik. Pelakon pun membawakan watak dengan baik tapi drama ni ade banyak kecacatan yang tersembunyi. Aku ni terlampau observant sangat kot sampai pasu susun lain arah pun aku perasan. hahahaha.

Out of 10 scale, I'll give 8.5. Berbaloi kah untuk ditonton? Ya, amat berbaloi. Untuk ditonton berulang kali? Ermmm, I don't think so. Sageuk drama beb, kalau aku tengok sekali sudah la. But if you are a fan of oh-so-georgeous Kim Soo Hyun and oh-so-charming Jung Il Woo, it is understandable to re-watch this drama. Hihihi.