Friday, February 24, 2012

WILD ROMANCE

Best ja kan aku sorang ja paling malas nak update blog neh. Adoh. Maafkan beta~ Ok la aku tak peduli siapa dah tengok ke tak tengok drama ni janji, aku memang head over heels dengan drama ni weh grrrr!! Mula-mulakan aku tak tau pun kewujudan drama ni. Yang aku tau si Dong Wook ada act jadik pemain besbol tak tau pulak Si Young jadik heroinnya. Ekceli, dari dulu lagi aku nak nengok Si Young neh jadik lead (sorry, tak nengok Poseidon) actress. Tapi sebab kawan ajak nengok KBS, terus jatuh chenta sebab drama ni boleh tahan sengal gak.

Review sikit, spoiler sikit. "Sikit-sikit lama-lama jadi banyak-banyak," kata Zahlia memarahi manja Tengku Syahran yang mintak cumbu kat pipi..



Yoo Eun Jae (Lee Si Young) bekerja sebagai bodyguard. Kipas susah mati team besbol, Blue Seagull yang benci gila sama opposite team, Red Dreamers. Dia, bapak dia dan adek dia sama-sama anti-fans kepada Park Moo Yeol, baseman Red Dreamers sebab Moo Yeol pernah kalahkan team Blue Seagull. Sebab satu kejadian, Eun Jae terpaksa cover jadi private bodyguard Park Moo Yeol. Gelak tak bleh blah nganga besar-besar!

*****
Imo, Si Young memang ngam pegang watak ni lepas dia bermatian nak menang title champion boxing hari tu. Naluri ketomboian tu dah ada pada diri. Watak Eun Jae memang kasi buang habis watak dia yang selama ni balik-balik kalau tak bitchy, kesian ja memanjang. Seriously, aku suka watak dia dalam Boys Over Flower.



Park Moo Yeol (Lee Dong Wook), ayam tambatan Red Dreamers. Bukanlah seekor ayam tapi pemain besbol. Sangat bongkak pada masa yang sama jiwang sebab gantung cincin ex-gf pada leher. Suka keji-keji Eun Jae, kasi rosak-rosak rambut Eun Jae, gelak-gelak sama Eun Jae. Sengal.

*****
Weh, aku tak habis pun nengok ko dalam Scent of Woman. T_T Sekarang mood nak layan drama komedi ja.



Kim Tae Han (Kang Dong Ho) ialah Manager kepada Park Moo Yeol. Sangat-sangat takdak ekspresi wajah lain. Sedih ka, gembira ka, serius hatta nengok porn pun muka dia macam tu jugak.

*****

Scene bikin terkedu!



Kim Dong Ah (Im Joo Eun), best friend kepada Eun Jae merangkap tuan rumah kepada rumah tempat Eun Jae, bapak Eun Jae dan adek Eun Jae merempat. Berperangai pelek, ulat buku. Dia ni kalau boleh semua benda dia baca dalam buku semua nak kasi apply dalam kehidupan. 

*****
Compare to lead couple, aku lagi suka couple Tae Han dan Dong Ah ni sebab sangat kontra dua-dua watak. LOL 



 
Jin Dong Soo (Oh Man Suk) dan Oh Soo Young (Hwang Sun Hee) ialah married couple merangkap best friends kepada Park Moo Yeol. Dorang tiga ni kawan sejak zaman U lagi. Dong Soo pemain besbol Red Dreamers gak tapi atas sebab tertentu, dia turun pangkat jadi manager.



Kang Jeong Hee (Jessica Jung), ex-gf kepada Park Moo Yeol. Care-free orangnya tapi ada penyakit bipolar apa ntah sebab bila trauma ja dia mo geget-geget. Kesian tau tangan Moo Yeol dia kasi geget.

*****
Sebab aku malas, aku tempek gamba je la then kasi imagine sendirik jalan cerita! =P

Ini scene masa Moo Yeol p lap-lap kat baju Eun Jae masa dorang basuh pinggan sama-sama lepas Eun Jae resign jadik bodyguard Moo Yeol (tak sanggup nak tahan hati jeles kat Moo Yeon x Jeong Hee) then terpaksa jadik bodyguard Jeong Hee plak.
Moo Yeol gosok-gosok kepala Eun Jae. Tak terkira banyaknya scene neh. Eun Jae itu anjing kah?? Tapi cute dowh!



Budak cumel ni anak Dong Soo dan Soo Young. Baik budi pekertinya~

Sebelah Dong Ah tu bapak Eun Jae.



Erm, bogel...

Insiden Moo Yeol kena baling dengan telor!

Itu flower boy jahat kasi tumbok perut Dong Ah sampai trauma takleh berhenti bercakap dan Manager Kim hampir tergelincir bawa kunci kereta sebab nak p ambik dia injured. Owh shweeet!

Scene minum teh expired tak bleh blah! Serius ja ajak kapel. LOL Favorite couple ni weh~ Biased tol lah aku neh! O_O

Itu saja. Kbai~


Wednesday, February 22, 2012

BIGBANG - BLUE MV

BIGBANG is back. BIGBANG is ALIVE!! Mukyaaaaaaaaaaaaaaa. Jeep sekarang dah jadek macam sewel. Macam macam emosi yang bermain dalam fikiran Jeep. Bangga, gembira, sedih dan lapar. Semuanya bercampur baur. Neh semua sebab lagu BIGBANG yang baru neh, Blue. MV ni baru je keluar. Kira maseh fresh lagi. Malam semalam Jeep tido lambat dok spazz kat tumblr. Berbakul bakul gif kat dashboard Jeep. Mesti fandom lain menyampah dengan VIP skang. Hikhikhik.

Kepada yang maseh belum nengok MV neh, cepat cepat la gi tengok. Memang best. (Ini baru satu MV keluar. Dengar kata, maseh ada banyak lagi MV yang akan keluar.Ohhh Jeep rasa macam mau pengsan)
 
Introduction

Lagu Blue ni rentak slow. Dia bunyik macam emo dance song gituw. Lagu Blue neh ditulis dan dicompose oleh G-Dragon dan encit Teddy. Diarrange pula oleh encit Teddy seorang diri. Macam biasa kalau part rap TOP, TOP akan tulis sendirik.

Ada jua yang cakap dorang lagi prefer BIGBANG nyanyik lagu rancak. Tapi bagi Jeep lagu neh memang perfect untuk comeback BIGBANG taun ni. Selepas apa yang berlaku pada tahun 2011. BIGBANG perlukan lagu comeback yang macam neh. Electronic ballad. Slow dan mellow.
The Video
MV ini dishooting kat New York. MV ni memang macam bosan sikit sebab takdak dance. Cuma BIGBANG jengjalan sanak sinik. Tapi kira sesuai la dengan lagu. Dia punya kaler dalam MV neh pum setting kebiru biruan gituw.

Sebelum Jeep nak bagik pandangan Jeep pasai MV neh. Korang belek belek dulu screencaps ye.
Taeyang rasa dirinya kacak memakai bandana sedemikian
Pstu GD berlarik penuh semangat kat atas rooftop

Adek Seungri bertindik sakan di telinga beliaw
Nyanyik nyanyik berlatar belakangkan New York nan indah
Jeep rasa comel GD berseluar pendek sedemikian

Part dia tarik beanie dia neh pum comel
Hanya Daesung ja nyanyik lepak lepak kat dalam bilik

Oh muka susah hati

Kalau tengok GD taim ni, nampak macam budak pompuan pakai cekak
Jeep rasa awek tu ngah tengok pandang pelek cara Taeyang pakai bandana tersebut

Masa ni rambut Gd kaler kuning
Pastu jadek kaler perang kemerahan plak
Abe TOP muncul!
Oh lalala
Pergggh leather pants dia mmg ketat..aummm
Gaya lari Taeyang seperti bergembira dapat balik rumah
Dayummmmm TOP lari dengan leather pants beliaw yg ketat itu

Endingnya, mestilah jalan berlima penuh cool
Dalam MV neh, BIGBANG cuma jalan mundar mandir sana sini. Taim BIGBANG ngah jalan tu, ada awek cun jalan bersama jua. Tapi bukan dengan BIGBANG, dia macam jalan dimensi lain. Dorang macam tak pernah berjumpa, tapi dapat merasai kehadiran memaseng. Erk paham kah ayat Jeep ni?

So apakah peranan awek cun itu dalam MV neh? Neh cuma pendapat Jeep la. Diulangi, pendapat jer. Jeep rasa awek cun tu mewakili semua VIP. Yang sentiasa memberi sokongan kepada BIGBANG dan menunjukkan how difficult that relationship can be.

Dalam satu satu masa, VIP neh memang dekat dengan BIGBANG. Tapi yang sebenarnya jauh, dan seperti berada di dunia lain. (VIP kan ada bersepah sepah kat pelusuk dunia neh)

Bila BIGBANG melalui saat saat perit, VIP sentiasa berada di sisi BIGBANG memberi sokongan jituw. Tapi bukan bermaksud ada di sebelah. Tapi bagaikan berada di sebelah. (Alamak macam serabut je penerangan Jeep)

Pastu nampak BIGBANG larik larik. Awek cun tu pum larik sama kan. Jeep rasa maksudnya, BIGBANG kengkadang rasa macam nak larik je dari fan. BIGBANG merasakan mereka dah mengecewakan VIP dengan pelbagai kontrovesi. Tapi VIP tak pernah putus asa, dan sentiasa mengejar BIGBANG dan sentiasa memberikan harapan.

Awek cun tu memang menggambarkan overall VIP spirit .Di sebalik perjalanan BIGBANG yang jauh berliku liku, ada VIP bersama mereka walaupun bukan secara fizikal. Dengan sokongan VIP, BIGBANG mampu menghadapi cabaran cabaran. Sekian

 The Lyrics
Lirik Blue ni memang penuh sastera habis. Jeep carik la apa yang nak disampaikan dalam lagu Blue neh. Ada dua pendapat. Neh translation part chorus.

 The winter had passed
And the spring has come
We have withered
And our hearts are bruised from longing
(I’m singing my blues)
Used to the blue tears, blue sorrow
(I’m singing my blues)
The love that I have sent away with the floating clouds, oh oh

Pertama, seorang lelaki yang tengah dok ingat kat awek dia. Walaupun lama masa berlalu (perubahan season dari winter ke spring), lelaki ini cuba meyakinkan dirinya, yang dia boleh lupakan cinta itu dengan menyanyikan lagu blues inik.

Kedua, lagu apology untuk VIP. BIGBANG berehat lama (masa winter) dan kini kembali penuh semangat (masa spring). Apa yang berlaku pada tahun 2011, meninggalkan parut dan  kesan kepada VIP dan jua BIGBANG sendirik. Blue menggambarkan sadness, dan jua tears.

Kalau dengar keseluruhan lirik ngan translation nya Jeep rasa lagu neh memang adalah sebuah lagu apology dari BIGBANG.
*The winter had passed
And the spring has come
We have withered
And our hearts are bruised from longing

**(I’m singing my blues)
Used to the blue tears, blue sorrow
(I’m singing my blues)
The love that I have sent away with the floating clouds, oh oh

Under the same sky, at different places
Because you and I are dangerous
I am leaving you
One letter difference from ‘nim’
It’s cowardly but I’m hiding because I’m not good enough
Cruel breakup is like the end of the road of love
No words can comfort me
Perhaps my lifetime’s last melodrama
Now its final curtain is coming down

I was born and I met you
And I have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even with my eyes closed, I can’t feel you

*Repeat

**Repeat

I feel like my heart has stopped beating
You and I, frozen there, after a war
Trauma, that has been carved in my head
Once these tears dry up, I will moistly remember my love
I’m neither painful nor lonely
Happiness is all self-talk
I can’t stand something more complicated
It’s no big deal, I don’t care
Inevitable wandering, people come and go

I was born and I met you
And I have loved you to death
My cold heart that has been dyed blue
Even if you have left, I’m still here

*Repeat

Again tonight, underneath that blue moonlight
I will probably fall asleep alone
Even in my dreams, I look for you
And wander around while singing this song

**Repeat (X2)

Ada part tang GD nyanyik "One letter difference from ‘nim'". Nim tu bermaksud my special one. Tapi kalau tukar kepada Nam, maksudnya jadek stranger. Tu pasai dia sebut one letter difference.

Conclusion
Gila panjang Jeep merapu. Wahahahahak. Konklusi Jeep leh buat, abe TOP kena selalu pakai leather pants begini ye.

Perasaan Jeep bla tengok gif ni:

source lirik: http://heyhellohoney.tumblr

Saturday, February 11, 2012

FLOWER BOY RAMYUN SHOP - DRAMA REVIEW

(Hehe... saya bosan la, nak cari keje malas..... jadi, saya nak review drama... ngehehe... boleh ka?? boleh ka??)


Firstly, nak WARNING dulu nih... ini adalah SPOILER... jadi, kepada sesiapa yang belum tengok, nak tengok dan tak nak tau spoiler citer nie, janganlah baca post nie... takut saya ter'SPOIL' lebih pulak kang... hehehe... 


Jadi sebagai mukadimahnya, kita berkenalanlah dulu dengan watak-wataknya ye...




Lee Chung Ah sebagai Yang Eun Bi

Yang Eun Bi merupakan seorang pelajar kolej yang bercita-cita untuk menjadi seorang high school teacher. Berumur 25 tahun. Dia nie panas baran orangnya dan mempunyai fizikal yang agak kuat bagi seorang wanita. Dia juga merupakan bekas pemain bola tampar. Harapannya untuk menjadi guru musnah gara-gara seorang lelaki yang bernama Cha Chi Soo. 

Hobi dia adalah menggaru dagu... haha, tak taula betul ke tak nie hobi dia, tapi dia selalu buat jugak la... macam nie....


Tapi, dia nie untung la... dikelilingi oleh jejaka-jejaka hensem dan comel... mari berkenalan dengan mereka pulak... hehehe....


Jung Il Woo sebagai Cha Chi Soo

Cha Chi Soo merupakan seorang anak orang kaya, anak kepada Presiden Chasung Group, yang amat sombong..... biasalah tu anak orang kaya, it's all about money.... seorang budak sekolah menengah yang berumur 19 tahun... disebabkan dia anak orang kaya, dia boleh buat ape saja yang dia suka... memandu kereta mewah ke sekolah, menjawab telefon dalam kelas macam kat bawah nie...



Dengan selambanya dia menjawab telefon dengan suara yang kuat, cikgu yang tengah mengajar kat depan pun tengok aje, takleh nak buat ape... anak orang kaya punya pasal...

Hobi dia, dia suka puji perempuan cantik... mata ke, hidung ke, bibir ke... ape-apelah... dah lepas puji, kenyit mata pulak... yang perempuan-perempuan tu ape lagi, angau la bagai nak gila... 

Ok, watak hero seterusnya....


Lee Ki Woo sebagai Choi Kang Hyuk

Hah, disebabkan lelaki ini la aku menonton cerita ini... hihi... kepada sesiapa yang tak tau, dia nie la yang dikatakan seorang muslim itu... betul ke tidak citer tu tak tau la kan... hee...

Aigoo, this saram is really a 'long' guy la.... tinggi betul!! Jadi sepanjang cerita ini, aku mengagumi ke'panjang'an nya selain mukanya yang comel itu.... kihkihkih...

Choi Kang Hyuk adalah seorang chef di Jepun yang berumur 31 tahun (dah episod yang ke-9 baru aku tau nama watak dia dalam citer nih... hihihi), dia diamanahkan oleh bapak Yang Eun Bi untuk menjaga kedai ramen miliknya serta menjadi guardian kepada Yang Eun Bi... dia nie orang asing la pada Yang Eun Bi tu, tak pernah kenal pun orang nie...

Perangai dia nie pelik sikit... dia suka tidur merata-rata... kat mana-mana pun dia boleh tidur... 


Kat kaunter pertanyaan hospital pun boleh...

Kat bawah tangga pun boleh...

Kat belakang sofa pun boleh...


Kat atas lantai tengah-tengah dapur pun boleh...

Tapi yang paling best sekali, masa tengah masak sambil berdiri tu pun dia boleh tidur... haha, takde gambar pulak, tak ingat episod berapa... 

Dia nie seorang yang cool, rileks aje... suka watak dia dalam nie... oleh kerana dia diamanahkan untuk menjadi guardian Yang Eun Bi, dia panggil perempuan tu sebagai 'wife'... 

Lagi satu perangai pelik dia, dia suka panggil Cha Chi Soo dengan panggilan nama depan yang berlainan... contohnya, Park Chi Soo, Kim Chi Soo, Baek Chi Soo... macam-macam lagi la... tapi, setiap kali dia panggil mesti nama lain-lain...

Ok, enough about this 'long' guy... next...



Park Min Woo sebagai Kim Ba Wool

Kim Ba Wool seorang budak sekolah menengah jugak... satu kelas dengan Cha Chi Soo tu... dia nie suka ponteng sekolah, suka bergaduh, ada geng samseng pulak tu... tapi dengan kemunculan noona Yang Eun Bi, dia dah mula pergi sekolah balik... 

Dia dengan Yang Eun Bi takde pertalian darah pun... hanya sebagai kenalan saja... 

Walaupun dia nie kaki pukul, tapi bila dengan Yang Eun Bi... dia boleh dengar cakap pulak... hihi, lagi satu dia nie suka menjerit... dengan buah hati pengarang jantung dia pun dia boleh menjerit... kadang-kadang dengan noona dia pun dia menjerit jugak... tapi lepas dia dah puas menjerit, dia senyum... aigoo, comel pulak!!! 

Dia mempunyai seorang teman wanita, tetapi aweknya itu dating dengan Cha Chi Soo jugak... agak pelik sikit aweknya itu...

Okay, next character...



Jo Yoon Woo sebagai Woo Hyun Woo

Woo Hyun Woo, this cute boy is a friend of Cha Chi Soo... dia nie boleh dikategorikan sebagai penasihat la pada si Cha Chi Soo tu... dia nie pun agak sengal jugak... kadang-kadang jawapan yang dia bagi pada soalan si Cha Chi Soo tu macam tak leh pakai je.... haha... dia nie bukan anak orang kaya, bapak dia ada banyak hutang... jadi, dia kena kerja part-time la untuk menyara hidup dia... 


Hobi dia adalah mengait... hahaha, macam perempuan pulak... tu yang si Kim Ba Wool macam pandang pelik je pada dia nie...


Keempat- empat watak hero di atas semuanya bekerja di sebuah kedai yang sama iaitu di kedai ramen... termasuk heroin sekali... Choi Kang Hyuk sebagai boss... yang lainnya sebagai part-timer... setelah diubahsuai kedai tersebut, kedai itu diberi nama 'Flower Boy Ramyun Shop'... 


Sekarang, mari berkenalan dengan watak-watak tambahan pulak...





Kim Ye Won sebagai Kang Dong Joo

Kang Dong Joo adalah junior kepada Yang Eun Bi... dia nie suka bertukar-tukar boyfriend... tapi, satu boyfriend pun tak pernah muncul dalam citer nie... jadi, konon-kononnya dia nie pakar cinta la... merangkap penasihat cinta pada Yang Eun Bi... 



Ho Soo sebagai Yoon So Yi

Inilah dia awek si Kim Ba Wool tu... dia nie Kim Ba Wool pun dia nak, Cha Chi Soo pun dia nak... pelik dia nie... aku tak berapa suka sangat watak dia nie, macam suka membebel pulak... 



Joo Hyun sebagai Cha Ok Gyun

Cha Ok Gyun adalah bapak kepada Cha Chi Soo... bapak dia nie pun kadang-kadang sengal jugak... kesengalan dia bukan dari segi reaksi atau perbuatan... tapi, dari segi percakapan dan pertanyaan... mula-mula tengok dia nie memang macam sengal, tapi dah last-last macam menyampah pulak... huhu... 

Kebanyakan scene dia nie sama ada duduk kat sofa ataupun dalam bath tub... satu dua scene je kat tempat lain...



Kim Il Jung sebagai Jung Gyu

Dia nie lebih dikenali sebagai coach... dia merupakan coach bola tampar pada Yang Eun Bi dan jugak Kang Dong Joo... dia nie jugak first love si Kang Dong Joo... 



Seo Bum Suk sebagai Director Go

Penasihat kepada Presiden Cha, biasalah kan kalau presiden mesti ada penasihat kat sebelah... kadang-kadang boleh tahan sengal jugak dia nie... 

Meh nak citer sinopsis sikit... pendek jela aku tulis ye...

Cha Chi Soo selalu cari pasal dengan Yang Eun Bi... dia pernah dimalukan oleh Yang Eun Bi sebanyak dua kali... mula-mula dia macam nak balas dendam... tapi, lama-lama dia ter'fall in love' pulak pada perempuan tu... dia tak nak mengaku dia dah jatuh cinta dengan perempuan tu sebab dia kata perempuan tu bukan taste dia... 

Punyalah teruk dia jatuh cinta sampai sakit-sakit... dia mesti jumpa Yang Eun Bi tu setiap hari supaya tak sakit ... jadi, dia sanggup bekerja part-time di kedai ramen itu walaupun dia anak orang kaya...

Banyak perkara sengal yang berlaku sepanjang mereka bekerja di situ... aku gelak siap guling-guling lagi atas katil.... hahaha...

Mula-mula Yang Eun Bi tak suka pada Cha Chi Soo tu, lama-lama suka pulak... tapi, lepas baru nak mula suka... bapak Cha Chi Soo pulak buat hal... cinta terhalang... 

Jadi endingnya... mestilah happy ending... cuma boring sikit la ending dia walaupun happy ending...

Hehe, pendek tak sinopsis aku buat?? Kalau nak citer semua memang panjang sangat ar post nie...

Okay, sebagai conclusionnya.... citer ini sangat sengal... aku ingat citer nie macam slow je... tak sangka pulak sangat sengal... 

Wahaha... simple betul review aku buat... hehe, kira oklah kan untuk pertama kali mereview drama...

p/s: bagi yang belum tengok citer nie, trylah tengok... memang kelakar... tapi kalau korang tak gelak bila tengok citer nie... hehe, tak taula... bagi yang dah tengok, kongsilah pendapat korang ye... hihi... terima kasih....=))