Saturday, February 11, 2012

FLOWER BOY RAMYUN SHOP - DRAMA REVIEW

(Hehe... saya bosan la, nak cari keje malas..... jadi, saya nak review drama... ngehehe... boleh ka?? boleh ka??)


Firstly, nak WARNING dulu nih... ini adalah SPOILER... jadi, kepada sesiapa yang belum tengok, nak tengok dan tak nak tau spoiler citer nie, janganlah baca post nie... takut saya ter'SPOIL' lebih pulak kang... hehehe... 


Jadi sebagai mukadimahnya, kita berkenalanlah dulu dengan watak-wataknya ye...




Lee Chung Ah sebagai Yang Eun Bi

Yang Eun Bi merupakan seorang pelajar kolej yang bercita-cita untuk menjadi seorang high school teacher. Berumur 25 tahun. Dia nie panas baran orangnya dan mempunyai fizikal yang agak kuat bagi seorang wanita. Dia juga merupakan bekas pemain bola tampar. Harapannya untuk menjadi guru musnah gara-gara seorang lelaki yang bernama Cha Chi Soo. 

Hobi dia adalah menggaru dagu... haha, tak taula betul ke tak nie hobi dia, tapi dia selalu buat jugak la... macam nie....


Tapi, dia nie untung la... dikelilingi oleh jejaka-jejaka hensem dan comel... mari berkenalan dengan mereka pulak... hehehe....


Jung Il Woo sebagai Cha Chi Soo

Cha Chi Soo merupakan seorang anak orang kaya, anak kepada Presiden Chasung Group, yang amat sombong..... biasalah tu anak orang kaya, it's all about money.... seorang budak sekolah menengah yang berumur 19 tahun... disebabkan dia anak orang kaya, dia boleh buat ape saja yang dia suka... memandu kereta mewah ke sekolah, menjawab telefon dalam kelas macam kat bawah nie...



Dengan selambanya dia menjawab telefon dengan suara yang kuat, cikgu yang tengah mengajar kat depan pun tengok aje, takleh nak buat ape... anak orang kaya punya pasal...

Hobi dia, dia suka puji perempuan cantik... mata ke, hidung ke, bibir ke... ape-apelah... dah lepas puji, kenyit mata pulak... yang perempuan-perempuan tu ape lagi, angau la bagai nak gila... 

Ok, watak hero seterusnya....


Lee Ki Woo sebagai Choi Kang Hyuk

Hah, disebabkan lelaki ini la aku menonton cerita ini... hihi... kepada sesiapa yang tak tau, dia nie la yang dikatakan seorang muslim itu... betul ke tidak citer tu tak tau la kan... hee...

Aigoo, this saram is really a 'long' guy la.... tinggi betul!! Jadi sepanjang cerita ini, aku mengagumi ke'panjang'an nya selain mukanya yang comel itu.... kihkihkih...

Choi Kang Hyuk adalah seorang chef di Jepun yang berumur 31 tahun (dah episod yang ke-9 baru aku tau nama watak dia dalam citer nih... hihihi), dia diamanahkan oleh bapak Yang Eun Bi untuk menjaga kedai ramen miliknya serta menjadi guardian kepada Yang Eun Bi... dia nie orang asing la pada Yang Eun Bi tu, tak pernah kenal pun orang nie...

Perangai dia nie pelik sikit... dia suka tidur merata-rata... kat mana-mana pun dia boleh tidur... 


Kat kaunter pertanyaan hospital pun boleh...

Kat bawah tangga pun boleh...

Kat belakang sofa pun boleh...


Kat atas lantai tengah-tengah dapur pun boleh...

Tapi yang paling best sekali, masa tengah masak sambil berdiri tu pun dia boleh tidur... haha, takde gambar pulak, tak ingat episod berapa... 

Dia nie seorang yang cool, rileks aje... suka watak dia dalam nie... oleh kerana dia diamanahkan untuk menjadi guardian Yang Eun Bi, dia panggil perempuan tu sebagai 'wife'... 

Lagi satu perangai pelik dia, dia suka panggil Cha Chi Soo dengan panggilan nama depan yang berlainan... contohnya, Park Chi Soo, Kim Chi Soo, Baek Chi Soo... macam-macam lagi la... tapi, setiap kali dia panggil mesti nama lain-lain...

Ok, enough about this 'long' guy... next...



Park Min Woo sebagai Kim Ba Wool

Kim Ba Wool seorang budak sekolah menengah jugak... satu kelas dengan Cha Chi Soo tu... dia nie suka ponteng sekolah, suka bergaduh, ada geng samseng pulak tu... tapi dengan kemunculan noona Yang Eun Bi, dia dah mula pergi sekolah balik... 

Dia dengan Yang Eun Bi takde pertalian darah pun... hanya sebagai kenalan saja... 

Walaupun dia nie kaki pukul, tapi bila dengan Yang Eun Bi... dia boleh dengar cakap pulak... hihi, lagi satu dia nie suka menjerit... dengan buah hati pengarang jantung dia pun dia boleh menjerit... kadang-kadang dengan noona dia pun dia menjerit jugak... tapi lepas dia dah puas menjerit, dia senyum... aigoo, comel pulak!!! 

Dia mempunyai seorang teman wanita, tetapi aweknya itu dating dengan Cha Chi Soo jugak... agak pelik sikit aweknya itu...

Okay, next character...



Jo Yoon Woo sebagai Woo Hyun Woo

Woo Hyun Woo, this cute boy is a friend of Cha Chi Soo... dia nie boleh dikategorikan sebagai penasihat la pada si Cha Chi Soo tu... dia nie pun agak sengal jugak... kadang-kadang jawapan yang dia bagi pada soalan si Cha Chi Soo tu macam tak leh pakai je.... haha... dia nie bukan anak orang kaya, bapak dia ada banyak hutang... jadi, dia kena kerja part-time la untuk menyara hidup dia... 


Hobi dia adalah mengait... hahaha, macam perempuan pulak... tu yang si Kim Ba Wool macam pandang pelik je pada dia nie...


Keempat- empat watak hero di atas semuanya bekerja di sebuah kedai yang sama iaitu di kedai ramen... termasuk heroin sekali... Choi Kang Hyuk sebagai boss... yang lainnya sebagai part-timer... setelah diubahsuai kedai tersebut, kedai itu diberi nama 'Flower Boy Ramyun Shop'... 


Sekarang, mari berkenalan dengan watak-watak tambahan pulak...





Kim Ye Won sebagai Kang Dong Joo

Kang Dong Joo adalah junior kepada Yang Eun Bi... dia nie suka bertukar-tukar boyfriend... tapi, satu boyfriend pun tak pernah muncul dalam citer nie... jadi, konon-kononnya dia nie pakar cinta la... merangkap penasihat cinta pada Yang Eun Bi... 



Ho Soo sebagai Yoon So Yi

Inilah dia awek si Kim Ba Wool tu... dia nie Kim Ba Wool pun dia nak, Cha Chi Soo pun dia nak... pelik dia nie... aku tak berapa suka sangat watak dia nie, macam suka membebel pulak... 



Joo Hyun sebagai Cha Ok Gyun

Cha Ok Gyun adalah bapak kepada Cha Chi Soo... bapak dia nie pun kadang-kadang sengal jugak... kesengalan dia bukan dari segi reaksi atau perbuatan... tapi, dari segi percakapan dan pertanyaan... mula-mula tengok dia nie memang macam sengal, tapi dah last-last macam menyampah pulak... huhu... 

Kebanyakan scene dia nie sama ada duduk kat sofa ataupun dalam bath tub... satu dua scene je kat tempat lain...



Kim Il Jung sebagai Jung Gyu

Dia nie lebih dikenali sebagai coach... dia merupakan coach bola tampar pada Yang Eun Bi dan jugak Kang Dong Joo... dia nie jugak first love si Kang Dong Joo... 



Seo Bum Suk sebagai Director Go

Penasihat kepada Presiden Cha, biasalah kan kalau presiden mesti ada penasihat kat sebelah... kadang-kadang boleh tahan sengal jugak dia nie... 

Meh nak citer sinopsis sikit... pendek jela aku tulis ye...

Cha Chi Soo selalu cari pasal dengan Yang Eun Bi... dia pernah dimalukan oleh Yang Eun Bi sebanyak dua kali... mula-mula dia macam nak balas dendam... tapi, lama-lama dia ter'fall in love' pulak pada perempuan tu... dia tak nak mengaku dia dah jatuh cinta dengan perempuan tu sebab dia kata perempuan tu bukan taste dia... 

Punyalah teruk dia jatuh cinta sampai sakit-sakit... dia mesti jumpa Yang Eun Bi tu setiap hari supaya tak sakit ... jadi, dia sanggup bekerja part-time di kedai ramen itu walaupun dia anak orang kaya...

Banyak perkara sengal yang berlaku sepanjang mereka bekerja di situ... aku gelak siap guling-guling lagi atas katil.... hahaha...

Mula-mula Yang Eun Bi tak suka pada Cha Chi Soo tu, lama-lama suka pulak... tapi, lepas baru nak mula suka... bapak Cha Chi Soo pulak buat hal... cinta terhalang... 

Jadi endingnya... mestilah happy ending... cuma boring sikit la ending dia walaupun happy ending...

Hehe, pendek tak sinopsis aku buat?? Kalau nak citer semua memang panjang sangat ar post nie...

Okay, sebagai conclusionnya.... citer ini sangat sengal... aku ingat citer nie macam slow je... tak sangka pulak sangat sengal... 

Wahaha... simple betul review aku buat... hehe, kira oklah kan untuk pertama kali mereview drama...

p/s: bagi yang belum tengok citer nie, trylah tengok... memang kelakar... tapi kalau korang tak gelak bila tengok citer nie... hehe, tak taula... bagi yang dah tengok, kongsilah pendapat korang ye... hihi... terima kasih....=))

8 comments:

  1. erm..
    aku tgk sampai episod 2 aje..
    hahahaha..
    kenape ntah benti tgk..
    padahal ms awal2 beria nak tgk Jung Il Woo..kekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun memula cam malas nk tengok, tp tengok jugak sebab xde benda nak wat... hehehe... episod2 yg memula mmg cam bosan sikit...

      Delete
    2. tapi..adakah heroin lg tua dr hero??
      noona-dongsaeng love story la ea?

      Delete
    3. haah, tp heroin tu pun mcm tak matured ckit... jd, padan la diorg tu... hahaha....

      Delete
  2. aku terus download citer neh pas baca review ang!!
    macam best..
    tapi dah lama akuu tak tgk drama korean
    skang aku membizikan diri nengok anime dan drama jepum

    eh encit hero tu yang berlakon dalm 49days tu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubelah tengok... i hope u enjoy la... hehe...

      eh, tak tau pulak dia hero citer ape, rase macam penah tengok muka die tapi tak ingat kat mana...

      Delete
    2. aah, hero dia yg belakon dlm 49days yg jd scheduler tu..

      Delete
  3. knapa bapak chi soo tu kureng tp anaknya super ensem??!! owh..owh!

    ReplyDelete