Wednesday, October 10, 2012

Priceless

Selamat datang musim luruh! Ucaplah "Hai!" untuk dedaunan berguguran sekalian~ Inilah padahnya terlampau membaca komik Hajime Kindaichi... So, apa cerita belog ini kian lama kian sunyi.... *insert bunyi angin meniup-niup* 

Aku masih belum bangkit dari demam Poor Woman, Rich Man wargh kenapakah Shun Oguri dan Ishihara Satomi sangat membuai perasaan ini owh amat berharap Shun bujang lagi so that boleh ngedate Satomi. 

Persetankan To The Beautiful You, Nice Guy/Innocent Man, Faith/The Great Doctor (barisan drama sudah didonlod tapi tengoknya idak!) juga God's Quiz sila ke tepi sebentar. Maaf oppa Ryu Deok Hwan, movie anda yang sudah sedia terdonlod itu juga sila ke tepi sebentar. Kita beri laluan kepada abang-terer-act, Kimura Takuyaaaaa mukyaaaaa~! 

 
Tajuknya, PRICELESS~Aru Wake Needaro, Namon!~ ditayangkan minggu depan yakni hari Senin 14 Octopus 2012 di negara matahari terbit jam 9 malam waktu mereka tatkala Malaysia menjejak kaki ke jam 8 malam.. Ok, ini kali ke-9 KimuTaku menampakkan diri ketika drama prime time. Bertemakan lagu The Rolling Stones - Jumpin' Jack Flash (asal drama Takuya ja macham wajib ja guna lagu english neh??) 

Dibulanbintangi bersama Nakai Kiichi sebagai bos beliau dan Karina sebagai kolig beliau juga dua orang budak lelaki ceritanya begini... 

Kindaichi Fumio (Kimura) sangat peramah orangnya lagi disukai ramai di tempat kerja tapi malangnya tidak berbau durian, beliau kurang digemari oleh pihak atasan dan telah dipecat atas kesalahan beliau sendiri juga kurang arif apa ke bendanya itu kesalahannya. Sekelip mata, beliau kehilangan segala-galanya. Duit sen pun tarak, rumah pun tarak juga harapan pun tarak. 


Walaupun beliau jatuh kemudian ditimpa tangga lagi, beliau terserempak dengan 2 orang budak laki-laki yang juga takdak sen macham beliau dan bersahabatlah mereka. Belajarlah beliau erti hidup di dunia tanpa uang bersama budak-budak itu namun beliau tetap melangkah ke hadapan juga tidak hilang sikap positifnya walaupun tinggal dalam serba kedaifan. 


Bukan itu saja, bossnya yang tidak boleh diharap (Nakai) dan akauntan biasa (Karina) seterusnya (mebi!) love interest beliau turut menerima kesan positif hasil pengaruh dari beliau. PRICELESS ialah sebuah dorama heartwarming comedy mengenai sorang lelaki yang sedaya-upaya bangkit semula setelah jatuh ke tahap yang paling rendah dalam hidupnya dan melihat kepada kegigihan atlit Olympic baru-baru neh, KimuTaku berkobar-kobar mahu menjadikan dorama ini sebagai dorama milik beliau dan crew sekalian. *Gemuruh jiwa...semangat membara...!* 

Rumorrrrrr! Rumorrrrr bak kata Adele, 

 
Ada desas-desus-desis-desos mengatakan KimuTaku merungut bila Karina dijadikan sebagai heroin beliau antara sebabnya Karina berwajah kecik (kejadah??) dan beliau prefer Ayase Haruka (korek balik dorama Mr Brain) tapi sebab Haruka banyak projek, beliau terpaksa tolak dorama ini (kurang arif betol ke tak) 

Ramai peminat abe Takuya tak leh terima abe dorang ni act jadi papa kedana sebab dah biasa tengok beliau hidup mewah lagipun watak-watak Takuya sebelum ni semuanya hebat-hebat belaka : Perdana Menteri, pendakwa raya, car racer, pianist, scientist, hair stylist... 

 Jika engkau tanya aku, 


Acting beliau memang superb so tak kan ada masalah dengan lakonan jadi miskin ka kaya ka bila segala-galanya bergantung pada jalan cerita, arahan lakonan dan skrip bagai...bila acting dah superb tapi jalan cerita hampeh pun tak leh jadi gak macham batuk*batuk* Moon Lovers/Tsuki no Koibito...

3 comments:

  1. eh pakcik takuya kimura ni umur dia dah berape ek?

    ReplyDelete
  2. sila gugel~ lol bahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hampes..
      ok dah tny pakcik gugel..
      omaigod!! sama umur dgn pakcik Jang Dong Gun!
      hahaha

      Delete