Sunday, January 30, 2011

Gummy - As A Man MV

I plan nak wat review pasal drama Athena, tetiba tangan gatal wat review pasal MV ni..muahahahaha..
Okay, I really like this song sebab suara Gummy sangat best. Tak caya cuba dengar dia nyanyi live. Sama je macam yang record. Mula-mula aku tak suka pun lagu ni tapi bila dah 2-3 kali dengar rasa sedap pulak. Lama-lama tu addicted terus.

MV yang takat 5 minit 29 saat ini dibintangi oleh Kim Hyun Joong (Boys Before Flowers, Playful Kiss) dan Jung Ryeo Won (Autumn Shower, Which Star Are You From).


Lagu ni pasal lelaki yang susah sangat nak menghargai cinta seorang perempuan. Permulaan MV ni, Kim Hyun Joong dengan Jung Ryeo Won nak pindah masuk apartment baru. Tanpa diorang sangka, diorang nak pindah masuk apartment unit yang sama (aku rasa empunya rumah itu seorang match maker la). Maka, mereka pun berebut la apartment unit tersebut.


Ada satu part yang tak logic kat sini. Dekat luar unit tu, tombol pintu sebelah kanan, bila dari dalam unit tu, TADA!! seperti magic, tombol pintu itu ada kat sebelah kiri pulak. Cuba tengok..


Okay, balik semula kat MV. Jung Ryeo Won sakit hati dengan Kim Hyun Joong yang tamau mengalah, dia bukak pintu selebar-lebarnye dengan kasar, BAM! kene kepala Kim Hyun Joong. Pengsan terus mamat tu. Tapi bila dia bukak mata, Jung Rweo Won ade kat sebelah dia.


Rebut-rebut masing-masing tanak mengalah, maka mereka pun kongsi la apartment itu. Siap ade line merah lagi tu nak bahagikan kawasan.


Tapi lama-lama, hubungan mereka jadi rapat dan mesra. Siap dating dan ade adegan suap-menyuap disitu. I assume diorang dah couple lah ni.


Tetapi, walaupun diorang couple secocok (Kim Hyun Joong ni hensem kot, Jung Ryeo Won tu pon lawa) yang si pakwe ni tak romantik langsung. Seperti tak menghargai makwe dia. Dia lebih utamakan robot mainan dia dari awek dia. Dan bila jalan masuk kedai jewelery, yang si awek excited nampak cincin tapi si pakwe buat 'Dunno' aje.. Si awek jugak penat-penat masak nak dinner berdua, si pakwe tak balik pulak. Hape punya pakwe la ni...


Mungkin kerana si awek ni dah fed up dengan perangai pakwe dia yang tak reti nak appreciate her pure love, jadi si awek buat keputusan nak pindah.


Masa yang sama si awek ni kemas-kemas barang, pakwe dia sibuk swimming. Malang memang takde bau, si pakwe ni tergelincir kat tepi kolam. Pengsan lagi mamat tu. Bila dia sedar, dia bukak mata, terbayang muka awek dia, macam first time dia pindah masuk apartment dulu. Masa tengah rebut-rebut apartment dengan awek dia.


Terus dia rasa macam bersalah kat awek dia. Cepat-cepat dia balik apartment tu. Yang si awek pulak dah siap kemas dah, tinggal nak blah je. Elok-elok nak keluar aje, pakwe dia tetiba muncul. Mereka berpandangan sesama sendiri dan si pakwe terus peluk makwe dia.


Tamat..Muahahaha..
I made my own conclusion: Akhirnya si makwe tak jadi pindah..

3 comments:

  1. gummy sora mmg sedappp! aku suka smua lagu dia dlm album ni..

    yg bab tombol pintu tu mmg xbleh blah..ikut logik, mna da apartmen cikai cmtu tp ruang rumah luas nak mampos..so yg d luar tu mmg real kat luar apartmen tp bhgn dlm, dorg buat dlm studio je..kan? kan??

    ReplyDelete
  2. sore dia memang sedap..mmg boleh melangkah jauh sebagai solo artist..

    aah,tombol pintu tu tak leh blah..yg dalam tu kompem la shooting dlm studio aje..tp director dia tak pasan ke tombol pintu tu?

    ReplyDelete
  3. tu la pasal..mmg dia xprasan la tu kot..tp cik izzie kita ni kuat perasan!! bahaha

    ReplyDelete