Monday, February 28, 2011

Alex & Ji Sun : I Love You & Very Heart Breaking Word

STEP berasa cemburu melihat rakan seperjuangan yang lain sangat gigih (ke korang malas sebenarnya??) me-review MV. Maka, terdetik di hati STEP juga mahu me-review MV. STEP agak tamak. Dia review bukan satu, tapi dua MV sekaligus!

Photobucket

Kedua-dua lagu dinyanyikan oleh Jisun (ex-vocalist of Loveholic) dan Alex (male vocalist of Clazziquai). Dorang dua ni best friends. Sebab tu banyak collaborations buat lagu sama-sama, nyanyi sama-sama, tarak tinggal sama-sama la. Itu haramm~ Kekeke

Plus, kedua-duanya mempunyai vocal yang sedap siott. Enak didengar jika ngga bisa tidur malam, layan aja vocal dorang, nescaya tidur nyenyak hingga lupa mahu off mp3.

Dua-dua lagu ni maybe dah lama korang tahu tapi STEP peduli apa! Basi ka tarak basi ka, layan~~! Oh ya, terlebih dahulu STEP mahu beritahu kenapa beliau terkinja-kinja mahu review dua MV ini. Tak lain tak bukan, STEP sudah melupakan sebentar akan abe T.O.P, pujaan hati beliau. Curang sebentar bersama Park Shi Hoo, hero kedua-dua MV ini.

Photobucket

PART 1 : JISUN & ALEX - I LOVE YOU (vocal dari Ji Sun mendominasi lagu)

Photobucket


MV dimulakan dengan kemunculan imej sorang gadis kurang pasti bogel ka tidak. Mungkin separa bogel, tidak ditunjukkan dengan jelas sebab ini bukan MV porno. =_=''

Kelihatan seorang ibu bersama bayi beliau berada di atas sebuah jambatan. Konklusi STEP, ibu itu telah kasi buang anak dia ke dalam sungai. Mati ka itu bayi? Tarak tahu juga.

Beralih scene satu awek peluk-peluk Park Shi Hoo yang ganteng. Ada sebiji mata sedang intai-intai itu couple saling berpelukan. Muka Park Shi Hoo jelas menggambarkan dia sedang menyembunyikan sesuatu di dalam bilik itu. Ini scene dalam bilik, ya.

Photobucket

Awek Park Shi Hoo macam sudah tahu ada something wrong sama pakwe beliau lalu membuka canvas yang menutupi sebiji cangkerang yang besar banget. Dalam itu ada gadis separa bogel tadi! Dialah tuan kepada mata yang mengintai tadi rupanya....

Scene beralih ke dalam sebuah makmal. Park Shi Hoo sama gadis separa bogel sedang dikuarantin dan seolah-olah sedang diujikaji seperti mereka itu pembawa virus. Awek beliau juga ada di situ. Park Shi Hoo dan gadis separa bogel saling berpandangan seolah-olah membawa mesej, "lu jangan takut. I ada sini. I tau apa mo buat."

Pak Shi Hoo curi satu jarum suntikan. Itu jarum dia curi sebelumnya, maybe. Then, dia serang itu doktor..

Photobucket

Guna shopping cart, Park Shi Hoo berhasil bawa lari gadis separa bogel bersama-sama cangkerang si gadis separa bogel. Mereka gelak-gelak gembira dan saling berjabat tangan sebelum Park Shi Hoo kasi masukkan si gadis separa bogel ke dalam air (sungai) semula.

Motif MV : Masih kurang pasti. MV kedua bakal menjawab persoalan sebenar kisah si ganteng dan si gadis separa bogel.


PART 2 : ALEX & JISUN - VERY HEART BREAKING WORD (kali ini, vocal dari Alex pula mendominasi lagu)

Photobucket

MV bermula dengan adegan tolak-tolak, gaduh-gaduh dari Park Shi Hoo sama awek beliau. Lepas gaduh, beliau membuang amarah beliau dengan menconteng-conteng dinding bilik beliau menggunakan cat Nippon Paint, mungkin.

Kemudian, Park Shi Hoo sudah lega sikit selepas break up sama awek beliau, beliau pergi memancing di sebuah sungai. Tiba-tiba, mata kail dari jorannya tersangkut pada satu benda yang berat banget.

Photobucket

Cangkerang besar!

Park Shi Hoo kasi bersih-bersih, berus-berus cangkerang itu selepas beliau bawa balik ke rumahnya. Beliau melihat ke dalam cangkerang itu dan mendapat bayangan darah-darah yang banyak seolah-olah ada peristiwa horror telah terjadi. Tidak STEP ketahui itu bayangan kepunyaan siapa. Tiba-tiba, air memancut keluar dari kerang itu dan terkeluarlah seorang gadis pengsan dari dalam kerang itu.

Photobucket

LOL. Guna istilah kerang lagi best dowh!

Si ganteng kaget sebentar dan dia terlihat tapak tangan gadis itu ada mata kail tersangkut! Dia kasi bersih-bersih, lap-lap gadis itu. Potong rambut dia lalu tertidur. Si gadis bangun dari pengsan lalu merenung si ganteng. STEP bangun juga mahu merenung Park Shi Hoo yang ganteng itu. Sila jangan muntah.

Si ganteng terkejut dari tidur akibat mimpi ngeri. Bangun lalu minum air terus dari botol ibarat tiada gelas di dapur beliau. Beliau melihat ke arah gadis yang berada dalam kerang itu. Namun, gadis itu masuk semula ke dalam kerang. Mungkin malu agaknya melihat si ganteng. STEP juga malu direnung sedemikian oleh si ganteng. (rakan seperjuangan : balik-balik dia! Balik-balik dia! Menyampah!!)

Photobucket

Lalu Park Shi Hoo dengan rajinnya membaca buku di bawah pokok ingin mencari cara - mungkin - bagaimanakah mahu mengumpan seekor siput supaya keluar dari cangkerangnya?

Caranya - umpan guna sayur kobis! Beressss. Siput keluar jua dari tempat persembunyian.

Si gadis kerang dan si ganteng pun keluarlah berbasikal di taman. Entah apakah reaksi masyarakat tatkala melihat seorang lelaki berbasikal membawa cangkerang yang besar di belakang basikal beliau??!

Photobucket

Mereka menonton tv bersama-sama. Si gadis merenung si ganteng lalu si gadis kiss itu si ganteng.

Si ganteng makan maggi depan kerang, si gadis juga mahu makan maggi. Lalu si ganteng kasi suap maggi sama si gadis...

Mereka pun saling bermain, bergelak ketawa.... Happy lah kiranya sebelum datangnya ex-awek Park Shi Hoo datang mengetuk pintu mungkin mahu sambung balik benang yang putus.

Seterusnya, balik semula ke MV part 1....

Photobucket


STEP sangat baik hati (malas mahu print screen mv sebenarnya..).
Maka, beliau embed saja kedua-dua MV tersebut di sini.
Enjoyy~~!


JI SUN & ALEX - I LOVE YOU




ALEX & JI SUN - VERY HEART BREAKING WORD






Kata-kata gedik : Haruskah gambar pak cik Shi Hoo lagi banyak dari penyanyi lagu? O_o''

4 comments:

  1. Bwahahahaha..
    Cik Step tamak!!sekali dua dia review..
    tapi gmba Park Shi Hoo lagi banyak dr penyanyi ni pe kes??hahahaha..

    nt akn tiba ms kegigihan review drama itu..

    ReplyDelete
  2. drama apa? kim tak goo? tehehe pak cik shi hoo lagi lazat dr alex ma...LOL

    ReplyDelete
  3. masa aku tgk prosecuter princess aku gila gak kat encik shi hoo nih...tapi sekejap je la, dah tgk drama lain, gile kat hero lain plak..haha

    ReplyDelete
  4. ecewah~haha dlm drama tu outfit dia kan x mcm lawyer, kwn dia yg real lawyer p kol dia lps tgk drama tu, kwn dia ckp - klu kitaorg btol2 pakai baju yg mcm ko pakai dlm drama tu, nescaya sdah lama kami dipecat! LOL

    ReplyDelete