MV yang agak mengelirukan. ThanKYU kepada cik jeep yang telah menerangkan kisah di sebalik mv ni kepada aku. Kisah yang agak sama dengan cerita The Lake House.
Begini kisahnya..... (mengikut pendapat aku)
Seulong runsing memikirkan aweknya yang bernama Oh Yeon Seo tak jawab panggilan telefonnya sejak dari semalam. Kalau tengok dalam gambar tu tengok muka dia kusut je kan?25hb Oct adalah 1st Anniversary mereka. Jadi mungkin Seulong nak sambutlah hari istimewa ini kan, tapi aweknya tak jawab call pulak. Seulong pun tunggulah di depan telefon, mana tau kalau Yeon Seo telefon dia. Tunggu punya tunggu, akhirnya Yeon Seo pun telefon Seulong.Begini perbualan mereka
Seulong : hello?
Yeon Seo : do you know I came around your house?
Seulong : ......................
Yeon Seo : what happened?why aren't you talking?are you hurt?
Seulong : I..no..where are you going right now?
Yeon Seo : Me? Don't refuse, meet me at 3.30! Got it?
Dalam perbualan ni nampak yang Yeon Seo sangat happy, seolah tak ada apa-apa yang berlaku. Padahal Seulong punya risau sebab sebelum ni dia tak angkat telefon. Seulong hairan dengan apa yang berlaku, jadi dia pun berlari menuju ke apartment Yeon Seo.Dalam masa yang sama, Yeon Seo pula sedang buat persiapan untuk menyambut 1st anniversary mereka. Kalau tengok gambar di bawah (klik untuk tumbesaran tulang temulang) kalendar menunjukkan tarikh 25hb Oct, hari anniversary mereka.Dan, alangkah terperanjatnya Seulong apabila dia sampai ke apartment Yeon Seo...Pihak polis sedang menyiasat kes pembunuhan di hadapan apartment Yeon Seo. Dan barulah Seulong tahu apa yang berlaku pada Yeon Seo sebenarnya, kenapa dia tak jawab panggilan telefonnya.
Pihak polis membawa Seulong yang dah meraung-raung ke lobi apartment. Walaupun agak keliru dengan apa yang berlaku, Seulong terfikir untuk menghubungi Yeon Seo dan cuba untuk menghalang pembunuhan itu berlaku.Tanpa diduga, panggilan dijawab Seulong cuba menghalang Yeon Seo dari keluar daripada apartmentnya. Tiba-tiba, pintu apartment Yeon Seo diketuk. Yeon Seo terus bukak pintu sebab dia ingat itu Seulong. Seulong pula menjerit-jerit dan merayu pada Yeon Seo supaya tak bukak pintu. Alangkah terkeutnya Yeon Seo apabila yang datang itu bukanlah Seulong...Bila tengok balik kat awal-awal mv, lelaki ini adalah lelaki yang melintas di hadapan Yeon Seo masa Yeon Seo telefon Seulong. Dan kemudian, lelaki ini telah membunuh Yeon Seo. Seulong sangat terkilan kerana tak dapat selamatkan aweknya.
Kalau tengok gambar kat atas, 25hb Oct menunjukkan kalendar di apartment Yeon Seo, menandakan yang dia dibunuh pada hari itu. Dan 26hb Oct menunjukkan hari di mana Seulong berada sekarang. Ini bermakna Yeon Seo dan Seulong berada pada masa yang sama tapi di hari yang berlainan. Mungkin perkara ni berlaku supaya Seulong dapat menghalang pembunuhan itu berlaku tapi apakan daya, tak sempat.
Erm...korang faham ke apa yang aku cite nih. Aku sendiri pening sebenarnya n tak tahu nak wat ayat cane nak bagi lebih faham....ngeh3
Kalau tak faham...selamat berfikir!
mati rupanya awek dia tu..
ReplyDeletekesian..
tapi boleh pulak kan dia nak tepon halang drpd pembunuhan tu berlaku..
org blur cam aku tgk bnyk kali pun tak paham2 lagi..puahahaaha
faham kah? kalau tak paham kene tengok cite the lake house...mule mule tak paham gak ni, tapi mv nih memang sedih lah...sob sob
ReplyDeletefuuu~~
ReplyDeleteaku xpnah tgk mv ni g..dulu minat 2am tp ntah sjak xdpt nak mndwnld, minat itu takat lagu yg i cant let u go even if i die..ahh, lbh kurang la..
best gak mv ni! sadisssss teramatt..cik sengal, jgn risau, sy faham penerangan anda itew.
mv ni best, lagu ni best....aku sangat suka lagu nih...lagu like crazy pun best gak
ReplyDeletesusah sikit nak paham
ReplyDeleten susah nk terang
kena tgk lake house dulu maa
lagu like crazy sgt best..suka lagi lagu like crazy banding ini lagu..tapi ini mv lagi best dari like crazy
jap2...n napew llki tuh bunuh gf seulong??apa kaitan llki tuh ngan seulong???need to know,sis
ReplyDeletenape gf seulong tu kene bunuh?ontah la dik..pembunuh tu psiko kot..ataupun kene rijek dulu ke..
ReplyDelete