Saturday, May 05, 2012

My Neighbour Totoro ( the Dark Theory)

Sapa kat sini yang tak pernah tengok My Neighbour Totoro? Jeep rasa mesti ramai yang pernah tengok kan citer neh. Citer neh amat la pemes. Jeep memang layan kebanyakan anime dari Ghibli Studio. Semuanya best best. Tetapi (sila bayangkan  muzik background yang saspen apabila hantu nak muncul) , cerita kanak kanak riang neh ada rahsia di sebaliknya. Apakah rahsia itu? Mari baca reviu pendek ini. Sebelum tu meh belek trailer citer neh. Mengimbau balik kenangan lalu.

Introduction
My neighbor Totoro ini merupakan filem animasi fantasi yang diarahkan oleh encit Hayao mizaki di bawah junjungan mulia Studio Ghibli. Filem ini dibuat tahun 1988 woh.(Jeep pum tak lahir lagi) Dan telah mendapat Best Film pada tahun 1988 itu jua pada Mainichi Film Award.
encit Hayao Mizaki yang comel


Synopsis
Kisahnya bermula bila Satsuki dan Mei pindah ke tempat baru. macam kawasan hulu sikit. Sebab nak dekat dengan mak dia yang berada kat sepital. Tak sebot pulak kat sini mak dia saket apa. Pastu memacam la berlaku. Mei tu hilang. Satsuki tu cari dia. pastu jumpa Totoro. Main ngan Totoro. Puja pokok bagai. (Jeep malas nak citer panjang, sbb citer pum fantasi kan. merapu la)
Neh satsuki
dan ini Mei
Sayama Incident
Sebelum Jeep cerita detail mengenai rahsia tu, meh Jeep citer dulu pasai satu kisah pembunuhan yang pemes kat Jepum neh, Sayama incident. Kenapa Jeep nak merapu pasai ni? Sebab kisah ni ada kaetan dengan ini anime.

Pada 1 May 1963, Yoshie Nakata hilang masa nak balik umah dari sekolah dia kawasan Sayama, Saitama prefecture. Dia kena culik dan penculik mintak wang tebusan. Kakak Yoshie Nakata neh la yang nak kena hantar duit tu dengan dikelilingi polis bagai. (Polis sorok sorok la kan) tapi penculik tu suspicious dan sempat lari sebelum polis berjaya tangkap.

Dan May 4, mayat Yoshie Nakata dijumpai. Dipercayai dirogol kemudian dibunuh. Kakak dia yang jumpa mayat tu jadek trauma. Dan bila ditanya apa yang dia nampak, dia jawab "I met a large tanuki (looks like a racoon" dan "I saw a cat monster".(Macam familiar kan) Dan lepas tu akak dia bunuh diri. Mungkin sebab terlalu trauma.

Maka, di sini Jeep akan terangkan kaetan kes ni dengan ini movie. Pertama, movie ini pum tempat dia kat Saitama. Dia tak cakap la dairek. Tapi tulisan kat belakang tu 狭山茶 sayamacha or Sayama tea.
 
Pastu hospital tempat mak dorang duduk nama dia 七国病院 shichikoku byouin. Dan kat Sayama sendiri ada sepital nama  八国病院 hachikoku byouin. Nama macam lebeh kurang. tapi tak sama. sepital neh kononya menempatkan pesakit yang tenat.

Bas kucing yang dorang naek neh, tulisan masa ni tulis 墓道, tulisan kanji pertama tu maksud dia kubur , yang kedua maksud jalan. (Jeep tanya kat abang pasai tulisan ni, dia cakap betul mmg maksud kubur dan jalan)

Dan watak budak ni kan nama Mei. Sayama incident neh berlaku masa Mei jua kan. Satsuki neh pum kalau tak silap cara lain sebut Mei bg bahasa Jepum

Masa pertengahan cerita kan, Mei hilang. pastu Satsuki ni carik. Sebenarnya masa tu Mei dah mati. Satsuki yang duk cari dia pum mati lepas tu. Sebab mati memang tak terangkan. Apa bukti Jeep cakap watak watak neh dah mati? Jeep akan terangkan kat part seterusnya. 

Sebenarnya jalan cerita neh tak continuous. Maksudnya, sekejap tunjuk past, sekejap tunjuk present. Sebab tu kengkadang dorang leh borak mesra dengan abah dorang. Then leh cakap dengan Totoro.(Masa dengan Totoro neh maksudnya dah mati la)

The Dark Theory
Teori dia memang bersepah sepah. Tak tersusun. Jeep pum pening nak start dengan yang mana dulu.

1)Totoro neh kononya digambarkan sebagai shinigami aka dewa maut. Sesapa yang boleh tengok dia, kononya menghampiri ke arah kematian. Ingat tak, Mei yang nampak dia dulu? Satsuki tak boleh nampak. Tapi lepas tu baru Satsuki boleh nampak.
Totoro yang comel
totoro yang tak comel
2)Orang lain tak boleh nampak menatang2 pelek neh dan susuwatari. Kononya bebudak jek yang boleh tengok. Tapi Kanta, budak laki kawan dorang tu takleh tgk. Mengukuhkan pendapat orang yang near death je boleh tengok menda menda ni.
Sususwatari: menatang macam fuzzy ball

3)tarikh kat kalender hospital mak dia. Taim memula visit tunjuk bulan 9. Apa maksud? Erk Jeep pum tak paham. hahahahah
masa memula bulan 9
masa kemudian bulan 8
4)Kononnya, lepas part mei hilang, bebudak neh dah takdak shadow. Jeep tengok balik citer neh. Ada je shadow cuma kaler karekter semakin pudar.

5) Masa Mei hilang, Nenek tu jumpa sandal yg memang sejibik sejabak macam Mei punya, tapi Satsuki tak ngaku. Masa ni la Mei sebenarnya dah mati. Tapi Satsuki in denial.

6) Ada kan scene Mei tengah bersedeh kat tepi patung macam buddha ke toh. Tu sebenarnya patung 地蔵 jizou Jizo. Patung tu kononya guardian of children and patron deity of deceased children and aborted fetuses in Japanese culture.(Jeep kopi paste kat wiki je malas translate)

7) Masa endingnye kan, Satsuki dan Mei pergi sepital mak dia. tapi dorang tak jumpa mak dia. Dorang duk tengok je kat ats pokok tu? Kenapa dorang tak masuk jumpa?Dah susah payah datang kenapa tak masuk je kan?Dah dorang dah mati mane leh jumpa org idup.

8) Banyak lagi teori yang ada. Tapi Jeep tak tulis semua la. Untuk keadaan lebeh saspen dan masyuk. korang boleh tengok video ni.

Conclusion
Ghibli studio memang menafikan la teori neh. Dia cakap memang takdak kaetan dengan pembunuhan ke hape ke.Tapi bagi Jeep, elemen ni menambahkan lagi kesaspenan dan ketaksangkaan Jeep. Memula Jeep layan cerita neh memang tak sedaq habaq pum. Early this year, baru Jeep tau pasai rahsia ini. Betul ke idak tu wallalhualam. Eceh

Oh dengar kata citer Sprited away pum ada rahsia tersembunyi jua. hmmm bagaimana dengan citer lain. Korang tau?
Jeep tatau..teehee

Sumber gambar: Gugel imej

Sumber maklumat: wiki dan sini

6 comments:

  1. aku saspek btol ko neh mmg takdak keje! haha
    aku baca pun dah naek seram lgpun totoro neh crtia lama n plg 1st anime hayao nei buat kan..pastu plg evergreen sampai sekarang..

    spirited away tu pun wujud gak bandar tu aku lupa apa nama...tp bandar tu smpai skarang mmg terkenal dgn pengeluaran emas. kan cte chihiro tu balik2 pasal emas ja...

    no wonder aku mcm xbrapa nak paham n xbrapa nak ingat cte totoro neh mebi sbb aku kureng paham..almaklumla dlu aku nengok masa form 3 ke klu x silap..ke form 4?? tu pun sbb sensei dah habis silibus...so dia paksa kitaorg layan anime ghibli ni ha...

    tp kan smua anime ghibli aku pg burn cuma spirited away je xjumpa g dvd beliau..

    eh, arietty the borrower dah nengok? ponyo on the cliff?? arietty tu yg paling latest. shida mirai sama kamiki derma suara dorg utk watak utama..=P

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye amatlah tepat..saya mmg takdak keja!ngeee
      cite totoro ni aku tgk dulu pum tak paham
      tapi aku layan je..

      dgr kata sprited away tu kononnya kisah pelacuran
      taktau la betul ke idak
      nak kaji detail, aku pum taktau kat mana aku letak sprited away
      muvi aku sepah2 dalam hardisk

      hampir semua anime ghibli aku tgk..
      arietty tu best gak
      tu la suara arietty tu macam kenal
      rupanya budak mirai tu kan

      ponyo the cliff tgk tak hbs..bosan sikit bg aku

      Delete
  2. tu dia ekspleneshen yang teramat lah detail..

    aku pernah kot tengok anime ni tapi sekali aje..tak berape ingat dah..

    segala teori bagai hang kaji..memang hebat betul..
    aku pun kagum tabik spring ni..

    aku pun suka anime studi ghibli. aku tgk Howl Moving Castle dengan Spirited Away berulang kali, tapi aku tak pernah tau ade rahsia tersembunyi..
    hehehehe

    pada cik step, aku siap beli CD spirited away, tu yg boleh tgk ulang kali..

    btw, ape kaitan gif last tu??hahahaha..buat aku renyih seorang diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh, mana nak cr ddv Spirited Away toh? huhu Hwl Moving Castle tu tau x siapa empunya suara castle toh??

      TAKUYA KIMURA weh~~ tp aku xprasan pum! bahaha

      Delete
    2. apakah suara takuya kimura?
      yg jadek hero tu kah?

      Delete
  3. kat kedai cd je ak beli tp kan lama dah tu..masa f4 ke f5 ak beli..

    sore takuya kimura ker??? yg castle bergerak tu? sore dia?

    ReplyDelete